Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Zul Yahya Keluar Tabligh Demi Jaga Kemuliaan Jemaah, Ada Yang Kecam; "Kau Ingat Ini NGO Boleh Keluar Masuk?"

Amri Hassan
06/03/2021 08:55 MYT
Bekas pelakon Zul Yahya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari jemaah tabligh yang disertainya selama ini.

Hal itu kata Zul demi menjaga kemuliaan jemaah tanpa mengaitkan dirinya lagi selepas ini.

"Jangan kaitkan saya dengan jemaah tabligh bagi menjaga kemuliaan nama jemaah tabligh, saya tidak lagi bersama dengan mereka.

"Alhamdulillah, banyak perkara yang saya belajar bersama mereka, semoga apa yang dikongsikan dan doakan untuk saya dapat terus istiqamah hingga mati.

"Selamat tinggal segala urusan bersama mereka," tulisnya di Instagram.



Bagaimanapun, tindakan Zul berkongsi keputusannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut di Instagramnya.

Ada yang bersetuju dengan tindakan Zul malah ada yang menyindir pelakon filem Gerak Khas The Movie itu.

"Aik bukan ke haritu ajak orang kuarantin 40 hari di masjid. Tu lah saya cakap bang, kita masa khuruj pon dah belajar jangan dakwah ikut nafsu," tulis seorang pengguna.

"Kau ingat jemaah tabligh ni NGO? parti politik?persatuan? sape yang bagi nama jemaah tabligh ni? boleh keluar masuk ke? ade pendftaran ke? hahaha.. ini kerja kita bang.. cara hidup bermasyarakat... insha allah..Allah bagi faham," tambah individu lain.

Bagaimanapun, ada yang menyambut baik hasrat Zul untuk meninggalkan jemaah tabligh.

"Saya faham kenapa dan mengapa..Abg Zul tak ada gaduh dengan tabligh pun, cuma semuanya kerana menjaga nama baik jemaah tabligh.. Alhamdulillah respect abg Zul kerana telah buat satu usaha yang mulia pada saya," tulis seorang pengguna.

"Pada saya, sepatutnya jemaah tabligh itu juga seharusnya mempertahankan hak masing², tapi kelihatannya masing² nak jaga perut sendiri. Tak apalah bang, tidak bersama dengan mereka bukan bererti membuang mereka dalam hidup kita," tambah pengguna lain pula.

Terdahulu, Zul menyatakan kekesalan terhadap pandangannya mengenai makanan sunnah yang mendapat kecaman hebat daripada netizen.

"Ajak menghidupkan makanan sunnah dikecam. Dunia semakin tua," katanya.



BACA: "Betul Sunnah Mujarab Tapi..." - Netizen 'Sound' Zul Yahya Isu Habbatus Sauda & Madu Adalah Vaksin

#pelakon #Viral #Vaksin #Zul Yahya #Tabligh #Makanan sunnah