Zulin Aziz Lebih Gembira Ditegur Hamil Berbanding ‘Gemuk’ - “Nak Cakap Balik Dekat Orang Yang…”
Asyikin Mayudin
13/09/2024 00:55 MYT
13/09/2024 00:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada orang menegur bentuk badannya kelihatan semakin berisi disebabkan mengandung.
Kecil hati
Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, berkata dia akan berasa kecil hati jika ditegur ‘gemuk’.
“Saya tak okay kalau orang cakap saya dah gemuk… saya okay saja kalau orang cakap saya hamil. Saya gembira saja kalau badan naik dan orang tegur ‘eh pregnant’.
“Saya akan ‘amin’ sebab tak ada la malu sangat yang saya dah gemuk kan. Kalau macam orang tegur ‘kau dah gemuk sekarang’, saya akan kecil hati.
ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz Nasihat Jangan Asyik Nak Kecam Orang - “Reti Siang Ikan Tapi Malas Masak Pun Tak Guna”
ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz Ajak Influencer & Selebriti Kongsi Sokongan Terhadap Palestin - “Kita Tak Mampu Pergi Perang…”
ARTIKEL BERKAITAN: Nasihat Zulin Aziz Untuk Netizen Yang Gemar Sebar Fitnah Di Laman Sosial - “Tak Penting Pun Perasaan Tak Suka Kau Kat…”
ARTIKEL BERKAITAN: Nampak Bekas Tapak Tangan Di Cermin, Bunyi Perabot Ditarik, Zulin Dikacau Hantu Ketika Di Cameron Highlands
“Bagi saya, kalau nampak saya gemuk tu… anggap saja yang saya hamil,” kata Zulin kepada Gempak.
Zulin berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media Muzikal Lawak Superstar 4 yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur pada petang Rabu.
Semangat untuk dapatkan anak
Menurut Zulin lagi, dia menjadi lebih semangat untuk mendapatkan zuriat apabila melihat keterujaan orang yang beranggapan dirinya mengandung.
“Saya anggap mereka teruja la dan saya pun jadi semangat nak buat anak. Lagipun, bila mereka tanya atau tegur itu, saya anggap itu satu doa juga.
“Nak cakap balik dekat orang yang saya tak hamil itu, saya takut kecewakan mereka pula. Jadi, saya biarkan saja dan anggap saja la saya hamil,” ujarnya.
Topik bualan
Dalam pada itu, pelakon berusia 35 tahun ini memberitahu dia tidak pernah terasa hati apabila ada orang pegang perutnya malah menganggap ia mungkin hanya sekadar nak dijadikan sebagai topik berbual.
“Saya tak terasa langsung (pegang perut), kalau ada orang pegang perut boleh terus pregnant, saya nak. Sebenarnya ikut logik, orang jadikan sebagai topik untuk berbual saja.
“Lagipun itu benda pertama yang dia nampak. Kita anggap itu topik perbualan,” katanya lagi.