“Aku minta maaf bro” - Itu bait-bait kata penyanyi dan pelakon Alif Satar kepada Zynakal apabila rapper itu terpaksa melakukan swab test Covid-19.

Permohonan maaf itu dibuat Alif menerusi ruang komen di satu posting Instagram Zynakal malam tadi.

Menerusi posting berkenaan, Zynakal memuat naik video pendek menunjukan dia sedang membuat saringan Covid-19 di Hospital KPJ Selangor.

“Alhamdulillah baru selesai swab test, stay strong champ Alif Satar,” katanya.

Posting tersebut kemudian mendapat respon Alif yang secara terus membuat permohonan maaf di ruang komen.

“Zyn, aku minta maaf bro, baru saja kita jumpa.

“Aku doakan kau dijauhkan dari covid-19 stay safe brother,” katanya.

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal)

Difahamkan, selain Zynakal, Alif turut memohon maaf kepada beberapa rakannya yang lain di Instagram termasuklahh Sherry Alhadad, Haziq dan Akim Ahmad.

Pada yang tidak tahu, permohonan maaf itu dibuat susulan pendedahan Alif yang memaklumkan dirinya positif COVID-19.

Selain Zyn, kebanyakan rakan artis yang terlibat dalam program Muzik Muzik 35 Separuh Akhir juga diminta untuk membuat saringan Covid-19.

Pencalonan bahagian ketiga yang sepatutnya berlangsung malam tadi juga ditunda demi keselamatan semua yang terlibat.

BACA: Alif Satar Positif COVID-19; “Saya Mohon Maaf, Doakan Saya”