Zynakal Enggan Ambil Pusing Muka Sering Jadi ‘Bahan’ Kutukan - “Saya Sedar Saya Bukan Zayn Malik”
Firdaus
05/10/2024 04:02 MYT
05/10/2024 04:02 MYT
Penyanyi Zynakal menyatakan dirinya tidak terasa hati apabila wajahnya sering menjadi bahan kutukan segelintir pihak.
Bersyukur Masuk Bidang Nyanyian
Zynakal atau nama asalnya Muhammad Raziq Rosli, 26, berkata dia bersyukur apabila terlibat dalam industri nyanyian berbanding lakonan kerana hanya perlu mempertaruhkan suara berbanding rupa.
"Saya sedar saya bukan Zayn Malik...
“Sejujurnya saya tidak ambil hati orang kritikan wajah saya sebab betul juga apa dikatakan. Sekurang-kurangnya saya sedar saya bukan Zayn Malik, saya Zynakal.
“Lagipun saya bersyukur berada dalam bidang muzik dan bukannya lakonan sebab imej penting memandangkan perlu keluar televisyen.
“Muzik pula orang lebih cenderung mendengar daripada melihat wajah sebab itu saya tak marah apa yang orang katakan,” katanya ketika ditemui pada sidang media Futureland Festival di Stadium Merdeka Kuala Lumpur yang berlangsung baru-baru ini.
Dalam masa sama, pelantun lagu Sakit itu beranggapan kata-kata orang terhadapnya sebagai pendapat kerana pernah melalui perkara sama sebelum ini.
“Saya tak kisah sebab zaman sekarang rakyat ada hak bersuara jadi biarlah apa orang nak cakap.
“Malah, saya pula pernah lalui perkara sama sejak dahulu lagi. Jadi, saya anggap orang hanya berikan pandangan peribadi mereka sahaja,” jelasnya.
Sebelum ini, Zynakal pernah menerima komen daripada seorang pengguna Instagram menyatakan dia tiada rupa tetapi memiliki suara dan lagu yang hebat.

BERITA TRENDING: Zynakal Terlibat Dalam Kemalangan, Tiada Kecederaan Yang Serius - “Puncanya Elak Kereta Sebab Tak Bagi Signal”
BERITA TRENDING: Zynakal Kemalangan Ketika Konvoi Motosikal!
BERITA TRENDING: Zynakal Akui Berhenti Belajar Universiti Sebab Penat, Netizen Bimbang Beri Contoh Tak Baik Pada Peminat
BERITA TRENDING: RM100,000 Kena Kebas, Duit Zynakal Tinggal RM19.15 Dalam Bank! - "Pastu Nak Makan Apa? T*ik Kau?"
Dalam perkembangan lain, Zynakal akan membuat artis untuk konsert Futureland Festival di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 23 November kelak.
Konsert berkenaan merupakan kerjasama Watsons Malaysia dan Warner Music yang turut menampilkan Hujan, Kugiran Masdo, Bunkface, Aina Abdul, Syamel, Tuju, Fimie Don, Amsyar Lee dan Ayda Jebat