Penyanyi, Zynakal, 26, ditimpa kemalangan ketika menyertai aktiviti konvoi motosikal bersama rakannya semalam.

BERITA TRENDING: Beto Kusyairy Cerita Detik Cemas Dihimpap Motosikal 400 Kilogram!

Kejadian membabitkan motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya ketika melalui satu selekoh di kawasan, Janda Baik, Pahang.

"Saya menyertai konvoi bermotosikal semalam dengan rakan-rakan. Perjalanan bermula dengan lancar dan kami singgah ke satu kedai kopi.

"Dalam perjalanan pulang, ketika melalui satu selekoh, Zyn terjatuh. Tapi, tak ada kemalangan dengan mana-mana pihak atau kenderaan lain. Jatuh sendirian.

"Kecederaan pun tak teruk. Hanya ada luka-luka di kaki dan tangan," katanya kepada Harian Metro.

A post shared by Zyn Akal (@zynakal)


Zyn atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli turut memuat naik hantaran di Instagramnya berserta beberapa gambar menunjukkan luka dialaminya.

"Luka tahun baharu. Terima kasih yang membantu sewaktu kejadian," tulisnya.

PILIHAN PEMBACA: Zynakal Akui Berhenti Belajar Universiti Sebab Penat, Netizen Bimbang Beri Contoh Tak Baik Pada…

Sumber: Harian Metro