gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
2,361 Hidupan Liar Mati Dilanggar Atas Jalan Raya, Di Pahang Paling Tinggi
HIBURAN
FDAM Tuntut Penjelasan Isu Gugur Nama Pengarah Filem 'Misteri Fraser 1910'
HIBURAN
"Saya Ingat Saya Akan Meninggal, Kepala Nak Meletup, Dada Sesak..." - Dahlia Rizal Kongsi Pengalaman Bersalin, Sakit Ambil Epidural
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Zynakal Imbas Kenangan Di Makkah Untuk...

gempak
Asraf Aided
03/08/2020
11:15 MYT
Sponsor Banner
Zynakal Imbas Kenangan Di Makkah Untuk...
Penyanyi Zynakal berkongsi sumber inspirasi menghasilkan lirik bahagian rap dalam lagu terbaru nyanyian bersama Mark Adam dan Shuib yang berjudul Teh Terakhirku.
Menurut Zynakal, dia mengimbas kembali detik ketika berada di tanah suci Makkah untuk menulis lirik tersebut.
"Saya cuba meletakkan diri saya seperti sedang berada di Makkah, saya bayangkan situasi saya berada di sana dan masukkan ke dalam lagu ini.
"Apa yang paling saya ingat sepanjang berada di sana adalah ketenangan, saya sentiasa menjaga emosi dan tiada apa yang membuatkan saya berasa marah sepanjang berada di sana," katanya kepada Gempak baru-baru ini.
Tambah Zynakal, peluang untuk menunaikan umrah tahun lalu adalah satu perkara yang tidak ternilai dalam hidupnya.
"Saya juga menangis memikirkan tentang peluang yang diberikan oleh Allah SWT untuk sampai ke tanah suci.
"Saya ini manusia biasa yang banyak melakukan dosa, perkara itulah yang membuatkan saya sebak dan bersyukur atas peluang dan nikmat yang diberikan," tambahnya.
Teh Terakhirku merupakan lagu yang mengandungi mesej keagamaan dilancarkan sempena sambutan Aidiladha tahun ini.
Lagu ini boleh didapati menerusi semua platform digital bermula 28 Julai 2020, video liriknya juga sudah boleh ditonton di YouTube.
Topic Berkaitan
#rap
#Makkah
#Zynakal
Must-Watch Video