Laman Utama

ZynAkal Terkejut Dayang Nurfaizah Suka 'Sayang Aku Tanya Khabar' – “Dayang Sangat Humble, Rasa Kerdil Sangat Diri Ini…

Fiza Kamarudin
11/08/2021
13:12 MYT
Penyanyi dan komposer muda ZynAkal akui terkejut apabila Dayang Nurfaizah menyatakan persetujuan dan sukakan karya terbaharunya berjudul Sayang Aku Tanya Apa Khabar.
Malah, Zyn berasa beruntung apabila penyanyi yang baharu melancarkan album Belagu itu turut memberikan idea bagi penambahbaikan dari segi susunan lagu.
“Saya terkejut dan betul-betul tak sangka Dayang Nurfaizah kata dia suka dengan karya saya itu dan terus bersetuju untuk menjadi rakan duet saya.menyatakan persetujuan dan menyukai karyanya itu.
“Apa yang buat saya terharu, Dayang tidak lokek berkongsi ilmu dan turut memberikan idea bagi penambahbaikan dari segi susunan lagu.
"Bagi saya ia sesuatu yang bagus kerana dalam berkolaborasi ini perlu ada persefahaman dalam muzik. Saya menganggap idea yang diberikan oleh Dayang menjadikan lagu ini lebih menarik.
"Apabila Dayang cakap bersetuju, saya memang terkejut. Bukan apa, sebelum ini dia pernah bekerjasama dengan nama besar dalam industri.
“Berbanding saya yang masih baharu ini, berasa diri kerdil sangat. Satu penghormatan buat saya secara peribadi dan penghargaan dalam kerjaya. Dayang juga sangat merendah diri dan sudi bekerjasama dengan saya," katanya.
Menurut Zyn, lagu Sayang Aku Tanya Apa Khabar itu dihasilkan tahun lalu bersesuaian dengan situasi dan keadaan semasa negara di mana kerinduan orang ramai untuk berjumpa orang tersayang dan keluarga tercinta yang berjauhan di mata.
"Sebenarnya lagu ini dihasilkan tahun lalu dan sudah ditayangkan di saluran YouTube. Perancangan asal bukan untuk pasaran muzik semasa. Ia untuk suka-suka saja. Tapi, selepas beberapa bulan ada yang mencadangkan kenapa tidak lagu ini dikomersialkan.
"Kebetulan Def Jam Malaysia muncul dengan idea untuk menampilkan Dayang Nurfaizah sebagai rakan duet dalam lagu ini.
“Alhamdulillah, kali pertama Dayang mendengar lagu ini dia terus suka, jadi saya pun buat susunan semua lagu awal tahun ini," katanya.
Zyn berkata, dia berbesar hati apabila Dayang bersetuju untuk berduet dengannya juga dianggap 'sempurna' kerana pemenang Vokal Terbaik tiga kali pada Anugerah Juara Lagu (AJL) itu memiliki 'tone' yang cukup kena dengan lagu berkenaan.
"Lagu ini dirakam semula pada Mac lalu. Alhamdulillah, proses rakaman lancar. Tidak ada yang susah walaupun pertama kali bekerjasama dengan Dayang. Lagi pula dia cepat dapat apa yang saya ingin sampaikan dalam lagu ini. Improvisasi yang dibuat Dayang pada lagu ini juga kena dan boleh diterima.
"Kami buat dua kali sesi rakaman. Malah, ketika rakaman dibuat juga, kami tidak ambil masa lama. Saya puas hati dengan apa yang dipersembahkan.
“Malah, Dayang bagi lebih lagi. Pendek kata, 'tone' dan vokal Dayang kena dengan lagu ini," katanya.
Lagu Sayang Aku Tanya Apa Khabar terbitan Def Jam Malaysia dilancarkan secara rasmi di semua platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 6 Ogos lalu.
Lirik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Def Jam Malaysia pada hari yang sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zynakal Terlibat Dalam Kemalangan, Tiada Kecederaan Yang Serius - “Puncanya Elak Kereta Sebab Tak Bagi Signal”

gempak
24/06/2024
06:09 MYT
Malang tidak berbau, itulah nasib yang menimpa penyanyi rap Zynakal apabila dia terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal bersama beberapa rakannya, pada Ahad.
Hiburan

“Saya Sihat” - Tampil Cengkung Sejak Akhir-Akhir Ini, Dayang Nurfaizah Akui Tidak Amal Diet Ekstrem

gempak
06/03/2024
12:25 MYT
Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui tidak pernah menjalani sebarang diet ekstrem, gara-gara penampilannya yang lebih kurus berbanding sebelum ini
Hiburan

Zynakal Kemalangan Ketika Konvoi Motosikal!

gempak
07/01/2024
14:38 MYT
Zynakal, 26, ditimpa kemalangan ketika menyertai aktiviti konvoi motosikal bersama rakannya semalam.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza (GV10): 3 Tugasan Final, Ada Duet Dengan Artis Indonesia & Rap Lagu KPop!

gempak
04/12/2023
03:52 MYT
Ada Lagu Ada Lagi final All Stars Gegar Vaganza.
Laman Utama

Dayang Nurfaizah, Ernie Zakri Meriahkan Festival Nada Danau Di Taman Negara Perak!

gempak
25/10/2023
10:51 MYT
Festival Nada Danau - Alam Sumber Karya yang bakal berlangsung di Hentian Amanjaya Royal Belum Pulau Banding, Taman Negeri Royal Belum, Perak pada 3 dan 4 November