Skip to main content

Selebriti

Ada Kisah Perit Di Sebalik ‘RE:HAB’, Aisha Retno Anggap Kemenangan AIM25 Sebagai Kebangkitan Semula - “Dua Tiga Tahun Lalu …”

Ada Kisah Perit Di Sebalik ‘RE:HAB’, Aisha Retno Anggap Kemenangan AIM25 Sebagai Kebangkitan Semula - “Dua Tiga Tahun Lalu …”

Sekilas

  • Aisha Retno dedahkan album 'RE:HAB' adalah proses pemulihan peribadi selepas pengalaman sukar dua hingga tiga tahun lalu.
  • Album ini gabungkan pelbagai genre sebagai eksplorasi muzik dan memberi peluang pendengar kenali sisi muziknya yang lebih luas.
  • 'RE:HAB' menang Album Terbaik AIM25 dan Aisha turut raih dua trofi lain termasuk lagu 'O.R.B.I.T', serta geran RM200,000 Dana Kandungan Kreatif.
Advertisement

Di sebalik kejayaan ‘RE:HAB’ dinobatkan sebagai Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), Aisha Retno mendedahkan karya tersebut sebenarnya mempunyai makna cukup peribadi dalam kehidupannya.

Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata album tersebut menjadi sebahagian daripada proses pemulihan dirinya selepas melalui beberapa pengalaman sukar sekitar dua atau tiga tahun lalu.

Advertisement

“Saya sendiri masih tertanya-tanya bagaimana proses penjurian terhadap album ini.

“Namun, saya sangat ingin berterima kasih kerana mungkin tujuan utama album ini memang untuk menjadi proses ‘rehab’ kepada tragedi yang pernah berlaku diri saya, dua atau tiga tahun lalu.

“Mungkin ramai sudah tahu dan mengikuti perjalanan saya selama ini. Tetapi dengan ini, ia menjadi kebangkitan semula untuk saya terus berkarya,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Ditanya mengenai kekuatan ‘RE:HAB’, Aisha merendah diri dengan mengakui dia bukan individu yang tepat untuk menentukan keistimewaan albumnya sendiri.

Namun, penyanyi berusia 26 tahun itu percaya keberaniannya menggabungkan pelbagai genre menjadi antara perkara yang paling dekat dengan dirinya.

“Bukan bidang saya untuk menentukan kekuatan album ini sendiri. Tetapi mungkin apa yang unik dan dekat di hati saya adalah genre yang berbeza-beza dibaurkan dalam satu album.

“Semua genre itu adalah hasil eksplorasi saya, satu fasa ketika saya mencari dan meneroka bagaimana bunyi muzik saya,” katanya.

Aisha berkata pendekatan tersebut juga memberi peluang kepada pendengar mengenali sisi muziknya yang lebih luas berbanding karya terdahulu seperti ‘Jodoh Lebaran’ dan ‘Tak Adil’.

“Saya sajikan album itu dengan pelbagai bunyi yang boleh dinikmati daripada semua lapisan masyarakat. Bagi saya, penting untuk memilih sesuatu yang rapat dengan pendengar,” katanya.

Dalam perjalanan tersebut, Aisha turut menganggap ibunya, Jean Retno Aryani sebagai sumber inspirasi utama selain ayah dan adiknya.

“Ibu adalah inspirasi nombor satu saya, diikuti keluarga kecil saya iaitu ayah dan adik yang saya bawa ke sini untuk bermuzik bersama.

“Kami bukan sahaja adik-beradik, tetapi juga rakan dalam perniagaan. Apabila bekerja, kami bekerja dan apabila menjadi adik-beradik, kami kembali sebagai adik-beradik. Saya rasa itu antara keindahan perjalanan saya,” katanya.

‘RE:HAB’ yang diterbitkan bersama Jaydi dan Seatravel menewaskan empat pencabar lain dalam kategori Album Terbaik iaitu ‘SA25’ oleh Shila Amzah, ‘Album: Lelaki Gila’ oleh Naim Daniel dan Adnin Roslan, ‘Gema Bumantara’ oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza serta ‘Jati Diri’ oleh Faizal Tahir dan Let Zapin.

Kemenangan Album Terbaik turut melayakkan Aisha menerima geran Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM200,000.

Aisha turut meraih dua lagi trofi AIM25 termasuk menerusi lagu ‘O.R.B.I.T’.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Must Watch Video

Advertisement