Skip to main content

Berita Tempatan

"Amanah Besar Untuk Kami Jaga Kualiti & Integriti" - Azzuha Perkukuh Operasi Haji & Umrah Dengan Kerjasama Hotel Premium Tanah Suci

azzuha

Sekilas

  • Azzuha Group Travel & Tours Sdn Bhd memperkukuh kedudukan sebagai peneraju industri Haji dan Umrah dengan kerjasama strategik bersama rangkaian hotel premium di Tanah Suci untuk musim 1447H dan 1448H.
  • Azzuha menerima Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) Edisi ke-8 dalam kategori Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Pelancongan, menegaskan komitmen mereka terhadap kualiti dan integriti perkhidmatan.
  • Jemaah bakal menikmati penginapan eksklusif di hotel terpilih serta promosi pakej Haji dengan 50 hadiah premium, memastikan pengalaman ibadah yang selesa dan terancang.

Azzuha Group Travel & Tours Sdn Bhd terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju industri Haji dan Umrah apabila memeterai satu perjanjian kerjasama strategik bersama rangkaian hotel premium di Tanah Suci bagi persiapan musim 1447H dan 1448H.

Majlis pemeteraian tersebut berlangsung dalam suasana penuh simbolik di Jeddah Superdome, Arab Saudi pada awal November lalu, sekali gus menandakan komitmen awal Azzuha untuk memastikan setiap jemaah menerima pengalaman ibadah bertaraf eksklusif dan terancang.

Sebagai satu-satunya agensi pelancongan yang menerima Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) Edisi ke-8 menerusi kategori Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Pelancongan, Azzuha sekali lagi membuktikan keupayaannya dalam mengekalkan standard tertinggi dalam pengurusan Haji dan Umrah.

Pengiktirafan ini mengangkat reputasi Azzuha sebagai organisasi yang bukan sahaja konsisten, tetapi juga telus dan berwibawa dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada para jemaah.

Melalui kerjasama strategik baharu ini, Azzuha mengukuhkan lagi struktur operasi dengan menyediakan rangkaian penginapan eksklusif bagi memastikan keselesaan penuh sepanjang berada di Tanah Suci.

Jemaah bakal menginap di hotel-hotel premium yang dipilih secara khusus berdasarkan jarak strategik, kemudahan moden dan tahap keselesaan yang memenuhi standard Azzuha.

Antara hotel yang telah disahkan untuk musim akan datang termasuk Al Makarem Ajyad Hotel, Royale Orchid Al Safwah Hotel, Al Jazirat Nouran Hotel, Al Muthmirat Nouran Hotel (Dar Al Hamd by Azzuha), Al Anwar Movenpick Al Madinah, Saja Al Madinah dan Shohada Al Ajyad. Kesemua hotel ini melalui proses penilaian ketat bagi menjamin pengalaman menginap yang selesa, mudah dan menepati keperluan ibadah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Azzuha Group Travel & Tours, Abdul Malik Abdul Raman, pengiktirafan MEBA menjadi pemangkin besar buat syarikat untuk terus memperhalusi dan meningkatkan sistem operasi.

“Pengiktirafan MEBA yang diterima baru-baru ini adalah bukti bahawa Azzuha komited memastikan setiap perkhidmatan yang kami tawarkan mencapai standard terbaik industri. Ia bukan sekadar penghargaan, tetapi satu amanah besar untuk kami terus menjaga kualiti dan integriti dalam menguruskan ibadah para jemaah,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa persiapan operasi bagi musim Haji 1447H dan 1448H kini berada pada tahap optimum.

“Untuk musim Haji 1447H dan 1448H, saya boleh tegaskan bahawa Azzuha sudah benar-benar bersedia. Dari segi hotel, logistik, latihan petugas, sistem operasi dan sokongan di Tanah Suci semuanya disusun rapi lebih awal.

“Fokus kami adalah memastikan jemaah hanya perlu hadir dengan ketenangan jiwa untuk beribadah,” ujarnya.

Dalam usaha menambah nilai kepada keseluruhan pengalaman jemaah, Azzuha turut memperkenalkan Promosi Pakej Haji Azzuha, iaitu tawaran istimewa di mana setiap jemaah bakal menerima 50 hadiah premium dan eksklusif. 

Menurut Abdul Malik, inisiatif ini direka khusus untuk memudahkan pergerakan jemaah, memberikan keselesaan tambahan serta melancarkan keseluruhan perjalanan ibadah mereka.

“Kami mahu setiap jemaah merasai pengalaman yang benar-benar istimewa. Nilai tambah seperti ini adalah sebahagian daripada usaha kami memastikan mereka berangkat ke Tanah Suci dengan penuh keyakinan dan dihargai sebagai tetamu Allah,” katanya lagi.

Dengan persiapan menyeluruh yang telah dilaksanakan, Azzuha Group Travel & Tours Sdn Bhd mengukuhkan komitmennya untuk terus menawarkan pengalaman Haji dan Umrah yang eksklusif, tersusun serta bertaraf profesional seiring misinya dalam memperkukuh standard pengurusan ibadah dan menunaikan amanah besar jemaah yang mempercayai Azzuha sebagai rakan perjalanan ke Tanah Suci.

Must-Watch Video

Advertisement