Aktres, Anzalna Nasir mencuri perhatian netizen apabila kenyataannya mengenai budaya 'follow unfollow' menjadi isu besar dalam kalangan sesetengah masyarakat.
Menerusi perkongsian di Thread, Anzalna menggangap perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan kerana dia percaya bahawa hidup bukan hanya berpaksi pada media sosial semata-mata.
Advertisement
"Adu isu 'follow unfollow' ni tak habis-habis lagi ke. Hidup kita bukan kat Instagram sahaja. Jomlah hidup aman damai.
Dalam masa sama, pelakon yang terkenal menerusi Lara Aisyah itu turut berkata secara peribadi dia tidak pernah memberi perhatian pada budaya tersebut kerana terlalu sibuk dengan kehidupan peribadi.
"Saya pun tak kisah siapa nak follow atau unfollow sebab kadang-kadang saya sendiri tak perasan," tulis Anzalna.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sambil menyokong kenyataan anak kelahiran Pulau Pinang itu dan menyifatkan budaya tersebut sebagai tidak matang.
