,
Berita

Apa Punca Kak Engku Hampir Menangis Ketika Menyanyi Di Pentas Sulung GV4?

Amri Hassan
30/10/2017
04:14 MYT
Jika anda perasan ketika Raja Azura atau lebih popular disapa Kak Engku sedang menyanyikan lagu Hati Terkunci ketika pentas sulung Gegar Vaganza 4 (GV4) malam tadi, penyanyi itu sebenarnya kelihatan menahan sebak dan hampir menitiskan air mata.
Tampil dengan persalinan serba hitam, Kak Engku tidak mengecewakan audiens dengan persembahan penuh beremosi.
"Memang ada satu rangkap dalam lagu itu saya sudah sebak dan hampir menangis. Sampaikan saya mengangkat tangan saya dan memalingkan muka ke tepi.
"Namun, aksi itu sempat dirakamkan kamera dan saya terpaksa genggam tangan untuk menahan emosi agar tidak mengalirkan air mata.
"Itu disebabkan saya terharu dan tersentuh dengan sokongan anak-anak saya yang mengizinkan saya menyertai GV4.
"Tambah pula persembahan saya ketika itu diiringi tayangan gambar anak-anak saya dari kecil hingga usia mereka sekarang.
"Untuk membawa mereka ke pentas, itu tidak mungkin akan terjadi tetapi gambar-gambar itulah yang mengiringi semangat saya malam tadi," katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Kak Engku, dia juga terharu kerana terpilih antara 12 bintang untuk bertanding di pentas GV4 dan mendapat iringan muzik yang cukup gah.
"Seperkara lagi saya berdiri di pentas yang diiringi muzik yang sangat hebat!
"Terharu sebab sudah lama tidak menyanyi dan mendapat kualiti muzik serta instumen di tahap tinggi.
"Rugi kalau saya tidak menggunakan peluang yang ada. Saya tidak kisah markah tinggi atau rendah janji persembahan saya gah," katanya.
Kak Engku bagaimanapun berada di kedudukan terbawah antara kesemua bintang yang berentap pada konsert pertama GV4 malam tadi.
GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Raja Azura Sudah Berhijab - “Saya Lakukan Dengan Ikhlas…”

gempak
14/08/2024
21:55 MYT
"Jangan buat kerana nak kelihatan cantik, tapi lakukan kerana Allah," kata pengacara, Raja Azura, 52, mengenai keputusannya untuk berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji, Julai lalu.
Laman Utama

Berduka Pemergiaan Tia Jinbara, Firman Kenang Persahabatan Di GV4

gempak
11/11/2023
06:50 MYT
Firman Siagian titipkan salam takziah atas pemergian Tia Jinbara.
Laman Utama

"Trending Tak Bermaksud Talent" - Aishah

gempak
22/08/2022
02:42 MYT
Makin ramai founder yakin rakam lagu sendiri.
Laman Utama

“Arwah Orang Pertama Yang Saya Berlakon Bersama…”- Raja Azura Terimbau Kenangan Bersama Arwah Pak Hamid Gurkha

gempak
15/06/2022
04:30 MYT
Raja Azura kongsi kenangan bersama Pak Hamid
Masked Singer 2

“Sedih Sebab Banyak Kenangan Dengan Anak-Anak” – Raja Azura Sebak, Akaun Instagram Kena Hacked

gempak
10/02/2022
08:47 MYT
Sedih tengok Kak Engku sebak.