,
Berita

Awi Rafael, In Team & Brothers Antara Peserta GGV2

Amri Hassan
21/03/2018
09:04 MYT
Penyanyi pop Singapura, Awi Rafael, kumpulan nasyid popular In Team dan Brothers antara peserta terpilih untuk berentap dalam program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2).
Selain Awi Rafael, In Team dan Brothers, lapan peserta lain GGV2 turut diperkenalkan dalam sidang media yang baru saja berakhir sebentar tadi.
Peserta akan diadili sepenuhnya oleh dua orang juri tetap iaitu komposer dan penerbit, Farihin Abdul Fattah dan selebriti kelahiran Indonesia, Oki Setiana Dewi.
Manakala, Siti Nordiana, pelawak Fikry Ibrahim dan anggota kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul sebagai pengacara GGV2.
Konsert mingguan GGV2 akan dipancarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap hari Sabtu pukul 9 malam setiap hari Sabtu bermula 31 Mac 2018 di saluran Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Menerusi musim pertama, GGV telah menobatkan kumpulan nasyid UNIC sebagai juara manakala Hijjaz dan Mirwana masing-masing pada kedudukan kedua dan ketiga.
Berikut merupakan senarai penuh peserta GGV2 tahun ini:
1. Farah Asyikin 2. Mestica 3. Rabhitah 4. Awi Rafael 5. Brothers 6. Fitri Haris (UNIC) 7. Adeep Nahar 8. Ippo Hafiz 9. In Team 10. Heliza & Hazwani 11. Devotees
Siapakah yang bakal menjadi juara GGV2? Sama-sama kita nantikan!
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pernah Jadi Naib Juara GGV2, Penyertaan Adeep Nahar Di GV9 Dipersoalkan? “Mungkin Sebab Saya masih Relevan”

gempak
26/09/2022
21:55 MYT
Dah memang rezeki Adeep dapat masuk GGV & GV.
Hiburan

Awi Rafael Hasilkan Lagu Dedikasi Khas Buat Wanita Istimewa

gempak
16/06/2020
08:22 MYT
Hiburan

"Tak Semestinya Semua Yang Dia.." - Ini Respon Awi Berkaitan Tweet Atikah Mengenai Lelaki Minta Duit

gempak
15/06/2020
10:01 MYT
Hiburan

"Saya Tak Serik Bercinta, Tak Sabar Tunggu..." - Awi Rafael

gempak
13/11/2019
12:32 MYT
Berita

"Saya Suka Berbuka Di Masjid Kerana..." - Awi Rafael

gempak
16/05/2019
14:31 MYT