Berita
Bi Rain Atau Zamani Slam? Netizen Komen Foto Nabil Mahir Ketika Muda
Pengacara Nabil Mahir mendapat perhatian ramai apabila berkongsi foto ketika zaman mudanya.
Nabil berkongsi dan memuat naik sekeping foto dirinya dengan menggayakan rambut belah tengah di laman Instagram (IG) baru-baru ini.
Pelbagai komen dilontarkan netizen dalam entri terbabit, antaranya memuji Nabil kerana mempunyai wajah yang tampan sejak muda.
Menariknya, ada peminat menyamakan muka Nabil seperti penyanyi dan pelakon Korea, Bi Rain.
"@lawa_land: Rain versi kurus macam dalam cerita full house..Hahaha Sarah tak rasa nak hentak telefon ke tengok gambar ni.."
"@ainishazmimi: Zaman Rain Bi ni hahaha."
"@frhhzwnrsln: Zaman Rain ni."
"@edlinadia: Rain sangat!!! haha."
"@wafeedude: Rain."
Namun, ada juga segelintir pengikut mengatakan rupa paras Nabil seperti penyanyi Zamani Slam.
"@aell_lya: Ingat Zamani Slam tadi."
"@noorhedayahh: Zamani Slam."
Sekadar info, Zamani kini sedang giat beraksi dalam program Gegar Vaganza 5.
Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan 10 bintang dalam rancangan realiti Gegar Vaganza 5.
Gegar Vaganza 5 disertai oleh Zamani, Shafie Rio, Amelina, Maya, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene, kumpulan Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Must-Watch Video