Berita

Big Stage: Ramalan Juara Big Stage Musim Pertama

Zulaikha Yusof
21/09/2018
04:41 MYT
Program rancangan realiti baharu Big Stage sudah menghampiri kemuncaknya. Minggu ini, lima finalis bakal berentap dan seorang bintang bakal dinobatkan sebagai juara.
Buat julung kalinya, Syafiq Farhain, Sarah Suhairi, Afieq Shazwan, Wani Kayrie dan Baby Shima berebut untuk tempat pertama.
Konsert minggu akhir Big Stage yang bakal berlangsung pada malam Ahad ini, 23 September dijangka akan menjadi sebuah konsert hebat.
Astro Gempak merangkumkan perjalanan lima finalis Big Stage:
Syafiq Farhain
Kemunculan Syafiq ini sememangnya dinantikan oleh ramai pihak termasuklah juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Persembahan yang konsisten setiap minggu membuatkan nama penyanyi kelahiran Terengganu ini sebagai nama kegemaran untuk mengungguli gelaran juara.
Sarah Suhairi
Sarah bermula baik di pentas Big Stage. Namun begitu, prestasi yang Sarah tonjolkan mempunyai turun naik.
Walau bagaimanapun, kebolehan penyanyi ini tidak boleh disangkal. Sarah juga berpeluang untuk merebut gelaran juara jika dia memberikan sepenuh tenaga dan tumpuan terhadap persembahan malam itu.
Afieq Shazwan
Kehadiran Afieq disenangi ramai pihak kerana parasnya yang kacak. Tidak hanya bersandarkan pada rupa, Afieq turut membuktikan kemampuan vokal miliknya.
Selepas beberapa minggu persembahan kurang menyenangkan hati juri, Afieq kembali menunjukkan taringnya sebagai penghibur.
Wani Kayrie
Sama seperti Afieq, pada mulanya Wani sering dikritik kerana persembahannya yang sering tidak memuaskan hati juri dan penonton.
Diselamatkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza menggunakan kuasa imuniti pada konsert suku akhir, Wani harus melakukan yang terbaik pada malam kemuncak Big Stage untuk menempatkan diri sebagai juara.
Baby Shima
Baby Shima diklasifikasikan sebagai peserta paling berpengalaman berbanding peserta yang lain.
Namun begitu, kesilapan yang dilakukan setiap minggu dan undian TikTok membuatkan prestasi turun naik. Jika Baby Shima memberikan yang terbaik pada malam itu, mungkin dia bakal membawa pulang gelaran juara.
Konsert minggu akhir Big Stage bakal menyaksikan finalis menyanyikan dua buah lagu. Lima bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.
Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Jangan lupa untuk muat turun aplikasi TikTok dan undi peserta Big Stage kegemaran anda pada minggu akhir ini.
Bagaimana cara untuk mengundi para peserta Big Stage :-
1. Muat turun aplikasi TikTok di App Store dan Google Play - https://go.onelink.me/BAuo/4bac9f0f 2. Log masuk atau daftar menggunakan akaun sosial media anda 3. Sambung dan sahkan log masuk 4. Klik banner Big Stage pada laman ikon bumi Discovery Page 5. Klik banner Big Stage untuk memasuki halaman mengundi 6. Anda mempunyai 10 undian sehari dan hanya 1 undian untuk setiap peserta 7. Terma dan Syarat tertakluk
Undian anda yang akan menentukan siapa peserta Big Stage yang akan tersingkir.
Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program itu!

@syafiqfarhain @wanikayrie are ready for the final week of #bigstage !⁣⁣ ⁣⁣ Guess who will be the WINNER after all the intense battles between contestants? Stay tuned for the last episode on 23 September 2018 @astrogempak !! ⁣⁣ ⁣⁣ ———————⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Join TikTok 1 Million Audition for the chance to win up to RM 5,000 and a trip to TikTok Gala in South Korea! ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 3 categories:⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #1MillionMusic ? ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #1MillionPerformance ? ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #1MillionArt ?⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ More details here:⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ http://vt.tiktok.com/ma38u/ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Go Join Now!⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ———————⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #tiktok #tiktokgeneration #tiktokmalaysia #tiktokmy #tiktokers #tiktokhot #1MillionAudition #malaysia #astro #dominasibbnu #syafiqfarhain #wanikayrie

A post shared by TikTok ?? Malaysia Official (@tiktok.malaysia) on

@sarahsuhairi is ready for final week of #bigstage !⁣ ⁣ Guess who will be the WINNER after all the intense battles between contestants? Stay tuned for the last episode on 23 September 2018 @astrogempak !! ⁣ ⁣ ———————⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Join TikTok 1 Million Audition for the chance to win up to RM 5,000 and a trip to TikTok Gala in South Korea! ⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 3 categories:⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #1MillionMusic ? ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #1MillionPerformance ? ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #1MillionArt ?⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣ More details here:⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ http://vt.tiktok.com/ma38u/ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Go Join Now!⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ———————⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #tiktok #tiktokgeneration #tiktokmalaysia #tiktokmy #tiktokers #tiktokhot #1MillionAudition #malaysia #astro #dominasibbnu

A post shared by TikTok ?? Malaysia Official (@tiktok.malaysia) on

@afieq.shzwn @babyshimaofficial are ready for the final week of #bigstage !⁣⁣ ⁣⁣ Guess who will be the WINNER after all the intense battles between contestants? Stay tuned for the last episode on 23 September 2018 @astrogempak !! ⁣⁣ ⁣⁣ ———————⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Join TikTok 1 Million Audition for the chance to win up to RM 5,000 and a trip to TikTok Gala in South Korea! ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 3 categories:⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #1MillionMusic ? ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #1MillionPerformance ? ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #1MillionArt ?⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ More details here:⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ http://vt.tiktok.com/ma38u/ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ Go Join Now!⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ———————⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #tiktok #tiktokgeneration #tiktokmalaysia #tiktokmy #tiktokers #tiktokhot #1MillionAudition #malaysia #astro #dominasibbnu #babyshima #afieqshazwan

A post shared by TikTok ?? Malaysia Official (@tiktok.malaysia) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Duduk Dalam Keadaan Pelik, Aksi Lucu Kucing Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi - “Dia Tengah Buat Pilates Tu”

gempak
21/07/2024
06:55 MYT
Gelagat dan telatah kucing yang comel dan lucu seringkali mencuri tumpuan ramai pihak.
Hiburan

Isteri Sakit Kaki, Halim Radzi Sanggup Tukar Kasut Pakai Heels Dalam Mall! Netizen Puji - “Untungnya Dapat Suami Sporting”

gempak
20/07/2024
21:50 MYT
Pelakon, Halim Radzi mendapat perhatian netizen selepas isterinya aktres, Sharifah Husna berkongsi satu video lucu merakamkan suaminya memakai kasut tumit tinggi.
gimme-the-mic

#TikTokGimmeTheMic: Yuna Teruja Jadi Juri, Suka Konsep Cari Bakat Baharu - “Kami Mahu Tengok Adakah Peserta Itu…”

gempak
18/07/2024
11:55 MYT
Menurut Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 38, dia menyifatkan pembabitannya sebagai salah seorang juri adalah tertarik dengan konsep program yang mengetengahkan bakat baharu.
Viral

Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Apartment Viral ‘The Netizen’

gempak
16/07/2024
12:55 MYT
Uniknya perumahan di Malaysia, setiap kediaman yang dibangunkan pasti diberi nama. Ada yang menggunakan bahasa Melayu dan ada juga kediaman menggunakan bahasa Inggeris sebagai nama rasmi.
gimme-the-mic

'TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia' Lebih Meriah, Cungkil Bakat Tempatan Ke Pentas Antarabangsa

gempak
11/07/2024
10:59 MYT
Buat julung kalinya, Astro berkolaborasi dengan satu platform media sosial terkenal di dunia, TikTok dalam menerokai bakat muzik baharu dalam edisi terbaharu ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’.