Berita
Bocey Ungguli Keputusan Undian TikTok Terkini, Dany Di Posisi Bahaya
Kumpulan Masin menjadi pilihan dua juri tetap sebagai persembahan terbaik pada minggu lalu tapi seorang juri lagi memilih kumpulan Taman lebih menyerlah, bagaimana pula saingan Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) pada malam ini?
Seperti dimaklumkan pada penonton sebelum ini, kedudukan peserta dinilai menerusi markah daripada juri sebanyak 70 peratus manakala 30 peratus menerusi aplikasi TikTok.
Bagaimanapun, kedudukan terkini peserta menerusi undian TikTok menyaksikan kumpulan Bocey mendahului dengan 26.71 peratus diikuti Zero (19.05 peratus) dan Shiro (14.92 peratus).
Peserta solo Dany berada di tangga ke bawah dengan 1.18 peratus undian di belakang kumpulan 2B yang meraih 1.27 peratus.
Sama seperti minggu lalu, kesemua 14 peserta akan membuat persembahan pada minggu kedua malam ini dengan tema bebas.
Peminat dan penonton MLM 2018 boleh menghantar undian mereka melalui aplikasi TikTok yang merupakan peneraju platform video pendek. Aplikasi TikTok boleh di muat turun melalui App Store dan Google Play Store di https://go.onelink.me/BAuo/mlm.
Selepas itu, peminat perlu log masuk atau mendaftar dengan menggunakan akaun sosial media sendiri.
Pada setiap Sabtu hingga Khamis, peminat mempunyai 10 undian sehari dan boleh menggunakan 10 undian tersebut untuk mengundi setiap peserta atau hanya untuk satu peserta kegemaran.
Hanya eksklusif pada Jumaat, peminat diberikan 50 undian dan boleh menggunakan 50 undian tersebut untuk mengundi setiap peserta atau hanya untuk satu peserta kegemaran.
Undian ini dibuka sepanjang minggu sehingga akhir rancangan. Bagaimamanapun, keputusan undian bergantung pada terma dan syarat tertakluk menerusi www.maharajalawakmega.com.my.
Jangan lupa menyaksikan MLM 2018 pada setiap Jumaat jam 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘on demand’.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
Must-Watch Video