Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Bukan Hanya Nak Saya Jatuh Pentas Tetapi Jatuh Dalam Industri" - Neelofa

Amri Hassan
13/04/2018 03:25 MYT
Kejadian pelakon dan pengacara popular, Neelofa tergelincir dan hampir terjatuh ketika mengendalikan Anugerah MeleTOP Era (AME2018), Ahad lalu menjadi perhatian ramai.

Malah insiden itu menarik perhatian ramai apabila Neelofa sempat berpaut pada Zul ketika hampir terjatuh.

Dek kerana peristiwa itu, ada beberapa netizen yang berharap agar wanita itu benar-benar terjatuh tanpa sempat menyelamatkan diri atau diselamatkan oleh sesiapa.

Bagaimanapun pelakon yang bakal muncul dengan drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari ini tidak terkesan dengan kata-kata netizen.

"Saya rasa mereka bukan nak lihat saya jatuh tersungkur sahaja, tapi 'jatuh' dalam erti kata lain iaitu jatuh dalam industri.

"Namun ia tidak jadi kenyataan dan mungkin sebab itu mereka rasa lebih tak puas hati," katanya.

AME2018 menyaksikan Neelofa selaku hos bersama Nabil Ahmad dinobatkan sebagai pemenang trofi anugerah Top Top MeleTOP Wanita, Fesyen MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP.



Sumber: Sinar Harian
#Neelofa #AME2018
;