Skip to main content

Berita

Dapat Kerja Kontrak Kerajaan, Lelaki Tergamak Halau Isteri Sendiri - "Dia Sering Mengeluarkan Kata-Kata..."

Lelaki kerajaan

Tular insiden seorang lelaki tergamak mengusir isterinya setelah dilantik sebagai pekerja kontrak kerajaan.

Kejadian pilu itu menimpa Siti Hindrawati di Desa Dunggala, Kecamatan Tibawa, Kabupaten Gorontalo, Sulawesi, Indonesia yang selama ini setia di sisi suaminya yang hanya menjadi pekerja sambilan.

Klip memaparkan wanita itu 'dibuang' suaminya turut dikongsi menerusi Facebook pada Isnin lalu.

Menerusi rakaman itu, sejumlah perabot dan barangan miliknya turut diletakkan di luar rumah mereka.

Sebelum kejadian itu, Siti mendedahkan dia bersama suaminya sering bertengkar, namun dia berusaha mempertahankan rumah tangga mereka selama hampir 10 tahun.

Wanita itu mendakwa suaminya berubah sikap setelah dilantik sebagai Pegawai Pemerintah dengan Perjanjian Kerja (PPPK) di sebuah agensi kerajaan.

"Dia sering mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati saya hingga menyebabkan saya tertekan," ujarnya.

Ramai warganet turut bersimpati dengan nasib Siti dan menyamakan kisahnya dengan peribahasa, habis madu, sepah dibuang.

Ketika ini, Siti dilaporkan menetap sementara di rumah ibunya di Kecamatan Telaga.

Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video

Advertisement