Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dari R&B Ke Nasyid, Adeep Nahar Ancaman Peserta GGV2?

Amri Hassan
06/04/2018 12:18 MYT
Konsert pertama Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) menyaksikan Adeep Nahar mendahului kedudukan 10 peserta lain.

Mengejutkan! Namun, peserta yang tidak dijangka memberi saingan sengit itu secara tidak langsung menolak artis nasyid legenda seperti Brothers dan In Team.

Menjelaskan mengenai kelebihannya sebagai seorang guru vokal untuk pentas GGV2 kali ini, bekas angota kumpulan The Fabulous Cat itu menafikan dia ancaman kepada peserta lain.

"Semua peserta ada kelebihan tersendiri, kebanyakan mereka ustaz dan mampu bertaranum seperti qari al-Quran.

"Manakala, saya hanya menggunakan ilmu dan teknik yang saya belajar sahaja.

"Saya anggap merekalah ancaman saya kerana mereka mempunyai kelebihan yang saya tidak ada," katanya kepada Astro Gempak.

Minggu kedua GGV2 bakal menyaksikan Adeep menyanyikan lagu Hijau (Datuk Zainal Abidin).

GGV bertemakan Gema Irama Terindah bersiaran setiap Sabtu jam 9 malam di saluran Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135).

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV, klik ---> GemaGegarVaganza.

Teks oleh: Amri Hassan
#Gema Gegar Vaganza 2 #GGV2 #Adeep Nahar