,
berita

Datuk Siti Pesan, Menyanyilah Sebagai Pejuang Cinta - Syamel Minta Izin Sebelum Nyanyi Lagu Diari Hatimu

Syafiqah Jalal
11/09/2017
05:09 MYT
Bintang AF Megastar, Syamel akui penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza telah memberi pesanan sebelum dia membawakan lagu Diari Hatimu di AF Megastar Homecoming malam tadi.
Syamel berkata pesanan itu diberi ketika dia meminta izin untuk menyanyikan lagu tersebut daripada penyanyi pujaannya itu.
"Sebenarnya sebelum ini, saya sudah meminta izin Siti Nurhaliza untuk menyanyikan lagunya.
"Ya lah, pada saya tidak manis jika saya menyanyikan lagunya tanpa meminta izin. Sekurang-kurang saya mendapat restu daripada penyanyi terkenal tanah air.
"Saya gembira kerana Siti dengan berbesar hati membenarkan saya menyanyikan lagunya, malah turut memberikan pesanan yang berguna untuk persembahan saya.
"Antara pesanan dan tips yang diberikan kepada saya adalah katanya 'menyanyilah sebagai seorang pejuang cinta', apa yang saya faham maknanya menyanyilah dengan seikhlas hati.
"Pesanan itu sungguh memberi makna dan membantu dalam persembahan saya.
"Alhamdulilah, persembahan saya malam tadi mendapat respon yang postitif dari penyanyi asalnya, saya rasa sangat-sangat terharu," katanya kepada Astro Gempak.
Syamel ditemui selepas tamat AF Megastar Homecoming yang bersiaran secara langsung dari Royale Theatre Shah Alam, malam tadi.
Siti menyatakan rasa kagumnya menerusi Twitter, sebaik sahaja Syamel selesai menyampaikan lagu tersebut.
Syamel antara 12 daripada 24 bintang yang terpilih untuk mara ke konsert AF Megastar seterusnya bermula minggu hadapan.
Mengulas mengenai pemilihannya sebagai 12 bintang yang berjaya meneruskan perjuangan di AF Megastar, Syamel akui gembira dan gementar.
"Sebenarnya rasa gementar saya hilang selepas diumumkan antara 12 bintang yang terpilih.
"Namun saya kembali gementar bila memikirkan saya perlu melakukan persembahan bersama bintang lain pada minggu hadapan.
"Apa-apa pun saya bersyukur dan gembira, malah saya akan pastikan saya lakukan yang terbaik di AF Megastar," katanya lagi.
Selain Syamel, 11 bintang lain yang terpilih adalah Indah, Idayu, Bob, Marsha, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufi, Azhar dan Ewal.
Keputusan diadili sepenuhnya oleh dua orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta juri jemputan, Ziana Zain.
AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.
AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/
Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..”

gempak
24/08/2024
00:56 MYT
Penyanyi, Syamel tidak akan menghalang minat dan keinginan anak perempuannya, Nur Khawla Soleha mengikut jejak langkahnya bersama isteri, Ernie Zakri untuk terjun ke industri seni hiburan suatu hari nanti.
Hiburan

Penampilan Makin ‘Berbeza’, Syamel Nafi Buat Pembedahan Plastik - “Itu Tidak Betul..”

gempak
23/08/2024
00:55 MYT
Gara-gara penampilan terbarunya yang menyaksikan dia kelihatan amat ‘berbeza’ berbanding ketika awal kemunculan dalam industri, ramai warganet yang mengusik penyanyi, Syamel.
Hiburan

Isteri Didakwa Berbadan Dua? Ini Respons Syamel - “Kalau Ada Rezeki..”

gempak
21/08/2024
08:55 MYT
Penyanyi Syamel tampil menjawab dakwaan yang bertebaran di media sosial mengenai isterinya, Ernie Zakri kini sedang berbadan dua.
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

gempak
17/08/2024
18:55 MYT
Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.