Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Dia Mak Kau, Nak Cari Mak Lain Ke?" - Netizen Marah Ismail Izzani Tulis 'Never Cheated On Her'

Amri Hassan
11/04/2018 03:08 MYT
Perkongsian penyanyi muda Ismail Izzani di ruangan Twitternya mengundang perasaan jelik dalam kalangan netizen.

Menerusi kapsyen Ismail, 17, di Twitter, dia menulis secara ironi tidak akan pernah membohongi ibunya.

"Never cheated on her," tulis Ismail dalam sekeping foto di karpet merah Anugerah MeleTOP Era (AME2018) baru-baru ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Namun, hal itu mencetuskan pelbagai reaksi kurang senang netizen hingga ada yang mengaitkan sikapnya yang curang sebanyak enam kali dengan bekas kekasih.

"Memanglah, dia tu mak kau. Kau nak cari mak lain ke?" soal salah seorang netizen secara sarkastik.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Ada ke orang 'cheated on their own mom'?" soal salah seorang pengguna lain.

"Jangan babitkan ibu anda dalam situasi dengan gadis-gadis lain sebab ibu satu-satunya insan yang akan ada bersama anda," tambah @_fareenaziz.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bagaimanapun, tidak semua netizen menyelar kenyataan yang ditulis Ismail.

"Mungkin adik ini nak bagi kenyataan 'jangan tipu-tipu mak'," tulis @KyraCinta.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Maksudnya dia takkan menipu ibunya dalam usaha untuk tidak melukai hati. Sepatutnya dia tulis 'have never cheated on her' atau dia mahu tulis 'never cheat on her,'" tambah @ainin_farisya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter
#Viral #Viral #Ismail Izzani #AME2018