Skip to main content

Selebriti

Dikecam Netizen Seberang Kerana Pakai Motif ‘Borneo’, Daniel Cheang Pilih Berdamai - “Kita Serumpun, Cuma...”

daniel cheang

Pengacara dan penyampai radio, Daniel Cheang, tampil membetulkan salah faham berhubung isu penggunaan perkataan “Borneo” ketika sesi temu bual bersama pelakon filem Avatar: Fire and Ash, baru-baru ini.

Daniel atau nama penuh Daniel Cheang Adenan Cheang berkata dia menerima kecaman daripada netizen Indonesia kerana mereka beranggapan Borneo hanya merujuk kepada Kalimantan sahaja.

"Ada segelintir netizen Indonesia yang mengkritik perkongsian kerana penggunaan perkataan 'Borneo' dianggap salah, berpendapat bahawa Borneo adalah Kalimantan," katanya kepada Gempak

Daniel berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri sesi program MeleTOP di Bukit Jalil pada malam rabu.

Bagaimanapun, Daniel menegaskan bahawa dia tidak mahu sebarang pergaduhan dan memilih untuk berdamai kerana menganggap Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak persamaan dengan keunikan masing-masing.

"Salam damai Indonesia. Kita serumpun, cuma dibahagikan oleh sempadan geografi. Tak perlu bergaduh, saya tetap menghargai lagu-lagu mereka. Kita semua ada versi masing-masing," ujarnya.

Ditanya mengenai sebab pemilihan busana Pua Kumbu, Daniel berkata memandangkan filem tersebut menonjolkan budaya suku mereka, dia juga ingin mengetengahkan warisan Malaysia di persada antarabangsa agar lebih dikenali.

"Avatar: Fire and Ash" bertemakan budaya tribal mereka. Saya terfikir, kita juga memiliki tribe sendiri seperti Dayak, Dusun, Orang Asli, Iban, dan Kadazan.

"Ini peluang baik untuk mengangkat rakan-rakan kita di Borneo, bukan hanya Batik sahaja. Pua Kumbu juga adalah elemen penting yang diketengahkan, menjadi motif utama untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa," jelasnya.

Terdahulu, Busana yang digayakan oleh pengacara dan penyampai radio, Daniel Cheang berjaya menyorot perhatian pelakon Avatar: Fire And Ash.

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen Indonesia yang mempertikai perkataan Borneo Daniel yang beranggap hanya dari Kalimantan sahaja.

Dalam perkembangan lain, Daniel merupakan antara enam finalis bagi rancangan realiti terbaharu iaitu Malaysian Host Wanted di mana ia menjadi medan latihan sebenar untuk generasi baharu hos tanah air.

Selain Daniel, turut terpilih ialah Ceddy Ang, Fimie Don, Nina Amin, Meyra Khan dan Keanu Azman.

Dengan cabaran yang semakin sengit, hanya seorang akan dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.

Must-Watch Video

Advertisement