,
berita

Fattah Gantung Poster Spiderman, Alvin Gantung Poster Pokemon Dalam Bilik Tidur

Kamaruddin Razal
20/09/2017
14:10 MYT
Pelakon Fattah Amin mengakui pernah menggantung poster Spiderman dalam bilik tidurnya.
Rakan baik Fattah, pelakon Alvin Chong pula menggantung poster Pokemon di dalam bilik tidurnya.
Untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam, Astro Gempak sempat bertanyakan beberapa soalan rawak yang sama terhadap Fattah dan Alvin.
Soalan-soalan rawak dan menarik itu diajukan kepada mereka bersempena program realiti The House musim keempat yang kini sedang bersiaran di laman web www.thehouse.com.my.
Berikut merupakan antara soalan yang telah diberikan kepada mereka:
Poster yang pernah anda gantung di bilik tidur? Fattah: Poster Spiderman (satu masa dahulu). Alvin: Poster Pokemon.
Bagaimana anda menghabiskan hari Sabtu secara ideal? Fattah: Menghabiskan masa di kafe dan gimnasium saya! Alvin: Bersendirian di rumah.
Satu hari di pantai atau satu hari di pawagam untuk movie marathon? Fattah: Movie marathon. Alvin: Berada di pantai.
Anda terpaksa makan satu jenis hidangan sahaja sepanjang hidup anda. Namakan hidangan tersebut? Fattah: Nasi putih dan sambal udang. Alvin: Nasi ayam.
Nama panggilan anda dan nyatakan sebab anda dipanggil dengan nama tersebut? Fattah: Along kerana saya anak sulung, Alvin: Chipmunks kerana nama saya Alvin. Mereka memanggil saya Chipmunks kerana filem Alvin and The Chipmunks!
Subjek kegemaran anda? Fattah: Bahasa Melayu. Alvin: Bahasa Mandarin.
Perkara pertama yang anda ingin selamatkan jika anda terlibat dalam kebakaran? Fattah: Telefon bimbit saya! Alvin: Anjing peliharaan saya.
Penipuan terbesar yang anda pernah lafazkan? Fattah: I'm okay. Alvin: I earn enough to survive.
Nyatakan panggilan telefon terakhir yang anda tidak jawab dan sebabnya? Fattah: Panggilan dari nombor yang saya tidak kenali. Sebab saya tak kenal siapa yang sedang menelefon saya! Alvin: Penjual insurans.
Perkara pertama yang anda ingin lakukan jika anda seorang perempuan? Fattah: Bersolek! Alvin: Mencuba berjalan dengan kasut tumit tinggi!
Kenali Fattah dan Alvin dengan lebih lanjut dengan menonton The House! Ikuti perjalan persahabatan mereka dalam musim terbaru program realiti ini.
Tonton episod pertama The House yang ditayangkan secara eksklusif menerusi www.thehouse.com.my atau portal Astro Gempak!
Anda juga boleh menikmati The House menerusi aplikasi Gempak. Muat turun aplikasi tersebut sekarang di Apps Store serta Play Store!
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”

gempak
20/09/2024
02:55 MYT
Gara-gara mengulas isu rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, pelakon Tya Ariffin serta suaminya iaitu Asyraf Khalid menerima kecaman netizen di laman sosial.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.
Hiburan

Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

gempak
18/09/2024
04:55 MYT
Pernah berdepan isu melibatkan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Fazura yang tidak gemar menunjukkan sebarang tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.