berita

#GempakKStar: Grab Your Popcorn! Ini Lima K-Drama Anda Tak Patut Miss Sepanjang Januari

gempak
Mya Amri
21/01/2020
06:28 MYT
Sponsor Banner
#GempakKStar: Grab Your Popcorn! Ini Lima K-Drama Anda Tak Patut Miss Sepanjang Januari
Drama Korea sememang sudah cukup sinonim dengan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi bagi kaum wanita.
Bukan hanya pelakon yang memainkan peranan sebaliknya jalan cerita yang hebat juga membuatkan ramai yang gemar menonton K-Drama.
Berita baik buat peminat, di sini Gempak senaraikan lima K-Drama yang anda tak patut miss sepanjang Januari ini.
Touch
Lakonan: Joo Sang Wook, Kim Bora, Lee Tae Hwan, Han Da Gam Tayangan: K- Plus (Astro GO), setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:15 malam.
Mengisahkan tentang seorang jurusolek popular Cha Jeong Hyeok yang mengejar kesempurnaan namun kini dikelilingi hutang dan menganggur. Manakala Han Soo Yeon pula merupakan seorang pelatih yang bercita-cita untuk menjadi idola selama 10 tahun.
Soo Yeon mengambil bahagian dalam program uji bakat untuk menjadi idola. Namun satu kes misteri menyebabkan segalanya berubah. Dia kemudiannya mendapati mempunyai kebolehan baru iaitu sebagai jurusolek. Secara kebetulan, Soo Yeon bertemu dengan Jeong Hyeok yang kembali menjadi jurusolek artis.
Romantic Doctor Teacher Kim 2
Pelakon: Han Suk Kyu, Ahn Hyo Seop, Lee Sung Kyung Tayangan: One HD (saluran 393), setiap Selasa dan Rabu, jam 8:10 malam.
Tiga tahun selepas peristiwa Dr Romantik, Kim Sa-bu (Han Suk Kyu) hadir ke Hospital Geodae untuk mengambil seorang pakar bedah am. Dia kemudiannya mendapati Seo Woo Jin (Ahn Hyo Seop), merupakan seorang doktor yang mempunyai masalah pada masa lalu sehingga diserang oleh rakan-rakan doktornya.
Dia kemudiannya menawarkan pekerjaan kepada doktor berkenaan. Sementara itu, Cha Eun Jae (Lee Sung Kyung) digantung selepas melakukan kesilapan di dalam bilik pembedahan dan tidak mempunyai pilihan selain mengikuti dua doktor ke Hospital Doldam.
Money Game Pelakon: Goo Soo, Shim Eun Kyung, Lee Sung Min. Tayangan: tvN (saluran 395), setiap Khamis dan Jumaat, jam 9:45 malam
Kerajaan Korea Selatan bimbang krisis kewangan Asia 1997 akan berulang maka tiga orang yang bekerja di Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan serta Kementerian Ekonomi dan Kewangan berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan krisis yang akan datang.
The Game: Towards Zero Pelakon: Ok Taecyeon, Lee Yeon Hee, Lim Ju Hwan Tayangan: OhK! (saluran 394), setiap Khamis dan Jumaat (bermula 23 Januari), jam 7:50 malam
Mengisahkan tentang Tae Pyeong (Taecyeon) iaitu seorang lelaku yang mempunyai kebolehan untuk melihat saat kematian seseorang. Walaupun mempunyai kebolehan itu, namun Tae Pyeong merupakan seorang yang ceria.
Bagaimanapun satu siri pembunuhan misteri telah menarik minat Tae Pyeong, dia kemudiannya bekerjasama dengan Detektif Joon Young untuk menyelesaikan siri pem bunuhan tersebut.
Forest
Pelakon: Park Hae Jin, Jo Bo Ah Tayangan: KBS World (saluran 392), setiap Khamis dan Jumaat (bermula 30 Januari), jam 9:10 malam
Mengisahkan tentang seorang lelaki yang mempunyai segalanya kecuali cinta dan seorang wanita yang telah kehilangan segalanya kecuali hatinya. Mereka bertemu di sebuah hutan misteri dan mencari rahsia mereka.
Jadi tunggu apa lagi, go get your popcorn guys!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024