,
Berita

GV 3: Digelar Peserta Underdog, Semangat Gmie Tak Pernah Luntur

Fiza Kamarudin
17/11/2016
10:50 MYT
Vokalis kumpulan Screen, Gmie tidak meletakkan harapan tinggi untuk bergelar juara Gegar Vaganza 3 (GV 3), sementelah lagi dia dianggap sebagai peserta ‘underdog’ pada musim ini.
Menurut anak jati dari Sijangkang ini, dia sedar keupayaannya berbanding saingan lain yang mempunyai kekuatan vokal dan aura tersendiri.
“Siapa tidak mahu sampai ke pentas akhir, walaupun saya disebut-sebut sebagai peserta ‘underdog’ musim ini, semuanya bergantung pada diri saya sendiri.
“Ya, saya dikelilingi penyanyi-penyanyi hebat, saya tidak patah semangat sebaliknya kehadiran mereka membuatkan saya lebih yakin.
“Bagaimanapun, saya akur jika rezeki saya berakhir sebelum sempat ke pentas akhir,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.
Tambah anak jawa itu lagi, sokongan daripada peminat membuatkan dia masih mampu bertahan sehingga ke minggu ke lima.
“Saya berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada kerjaya saya sebagai penyanyi.
“Menyanyi bukanlah mata pencarian utama saya, kerana saya masih bekerja sebagai kerani logistik sejak 26 tahun lalu.
“Tetapi kepercayaan ramai orang membuatkan nama Screen dan saya masih berada di sini,” ujarnya.
Dalam pada itu Gmie berkata, dia tidak terfikir untuk meninggalkan kerjayanya sekarang kerana dia sangat menyenangi kerjanya itu.
“Saya senang dengan kerjaya tetap saya. Saya beruntung kerana syarikat tempat saya bekerja memahami minat saya dan memberi pelepasan terhadap konsert Gegar Vaganza ini.
“Walaupun masih bekerja seperti biasa, tetapi saya akan pastikan kedua-duanya minat dan kerjaya saya seiring,” kata ayah kepada lima cahaya mata ini.
GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Konsert minggu keenam GV 3 bakal membawa tema RockDut dan lapan bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gegar Vaganza 9

GV9: Tomok Pecah Rekod Markah Kreativiti Persembahan Paling Tinggi, Ramli MS Dedah Puncanya; “Saya Tak Pernah Bagi Markah Setinggi Itu…”

gempak
24/10/2022
14:00 MYT
Tomok pecah rekod markah kreativiti persembahan
Gegar Vaganza 9

GV9: Bintang Dah Mula Tunjuk Taring, Ramai Tak Sabar Tunggu Lagu-Lagu 'Antara Benua' Malam Ni! Jom Refresh List ....

gempak
23/10/2022
04:00 MYT
Playlist GV9 minggu ke-6
Laman Utama

Kini Penyampai Radio ERA, Elly Mazlein Jadikan Halim Othman Inspirasi - "Celoteh, Gaya Suara Buat Kita Terhibur"

gempak
11/10/2022
17:00 MYT
Elly Mazlein idolakan Halim Othman
Gegar Vaganza 9

GV9: “Enough Is Enough!” - Tiga Kali Masuk ‘Ke Dalam’, Fuad Rahman Insaf Selepas Ibu Melawat Di Tahanan

gempak
09/10/2022
14:00 MYT
Fuad Rahman terimbau kisah pernah dipenjara
Gegar Vaganza 9

GV9: Gemuruh Menjadi Punca Roy Kapilla Tersingkir, Hetty Tak Berkenan Baju Tomok

gempak
25/09/2022
16:45 MYT
GV9 Minggu 2