GV3: Sering Dipuji Bukan Alasan Untuk Terus Selesa – Zarul
Rozaimi Zubaidi
14/11/2016 06:51 MYT
14/11/2016 06:51 MYT
Vokalis Umbrella, Zarul mengakui sering dipuji bukan alasan untuknya untuk terus berasa selesa di pentas Gegar Vaganza 3 (GV 3).
Zarul atau nama sebenarnya Zairulkeifli Husin, 43, berkata dia hanya seorang ‘penyanyi’ tanpa sebarang pengetahuan tanpa muzik ketika pertama kali memijakkan kaki ke pentas GV 3, beberapa minggu lalu.
“Saya mengaku saya ‘kosong’ ketika mula-mula ke sini (GV 3), saya berterima kasih kepada Datuk Ramli MS kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.
“Kini tinggal tiga minggu lagi untuk diselesaikan dan tidak dinafikan saya masih lagi belajar serta berusaha untuk memastikan persembahan saya di tahap yang memuaskan serta vokal di tahap lebih baik.
"Walaupun dalam minggu-minggu sebelum itu persembahan saya dipuji dan berada dalam kedudukan tiga terbaik, tapi saya tidak pernah berasa selesa,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.
Apabila ditanya tentang bintang mana yang menjadi pesaingnya, Zarul berkata dia mengamalkan persaingan sihat dan melihat semua sahabat-sahabatnya yang tinggal bergelar juara.
"Bagi saya semua ada kekuatan masing-masing,” ujarnya yang risau sekiranya diberikan lagu dangdut atau asli.
“Dua genre tersebut bukan kepakaran saya, risau kalau dapat tetapi saya akan cuba yang terbaik kerana itu adalah cabaran buat saya di GV 3,” katanya yang akan membawakan lagu Fantasia Musim Cinta nyanyian Iwan pada konsert minggu ke-enam bertemakan RockDut Ahad ini.
GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Konsert minggu keenam GV 3 bakal membawa tema RockDut dan lapan bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin