Sekilas
- Seorang wanita berkongsi video menyayat hati di TikTok mengenai ibunya, Jamilah Yusoff, yang meninggal dunia di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas menunaikan umrah.
- Ibunya dilaporkan sihat sepanjang menunaikan ibadah umrah di Makkah dan Madinah tanpa sebarang tanda sakit sebelum meninggal dunia.
- Allahyarham berusia 73 tahun meninggal dunia dalam keadaan berwuduk ketika menunaikan solat Subuh di dalam pesawat, beberapa jam sebelum tiba di KLIA 1.
Di TikTok, tular satu video menyayat hati dimuat naik seorang wanita mengenai ibunya yang menghembuskan nafas terakhir di dalam kapal terbang.
Menerusi perkongsian dimuat naik @TengkuAmaleen, dapat ibunya yang bernama Jamilah Yusoff pergi meninggalkan mereka sekeluarga ketika dalam penerbangan pulang ke Malaysia selepas selesai menunaikan ibadah umrah di Makkah.
“Sikit je lagi kita nak sampai Malaysia tapi mak meninggal dalam flight,” tulisnya.
Menerusi perkongsian yang sama, wanita itu turut berkongsi beberapa momen istimewa sepanjang ibunya menunaikan umrah di Tanah Suci.
Ujar wanita itu, ibunya berada dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda sakit ketika menunaikan ibadah umrah.
“Masa duduk Makkah dan Madinah, mak sihat sangat-sangat,” tulisnya.
Pada Jumaat, media melaporkan mengenai pemergian Allahyarham Jamaliah yang menghembuskan nafas terakhir di dalam kapal terbang ketika perjalanan pulang ke Malaysia usia menunaikan ibadah umrah.
Allahyarham yang berusia 73 tahun dikatakan meninggal dunia dalam keadaan berwuduk untuk menunaikan solat Subuh di dalam pesawat berkenaan, beberapa jam sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA 1).
Sumber: TikTok