Berita
Jadi Juri Jemputan Rockanova, Elizad Dapat Pujian
Pelakon Siti Elizad mendapat pujian daripada penonton ketika dijemput menjadi juri Rockanova untuk minggu kedua.
Ramai di antara mereka yang memuji kredibiliti, ketegasan dan keberanian Elizad dalam memberikan komen kepada para peserta Rockanova.
Dengan menggunakan hashtag #Rockanova dan #Elizad di Twitter, ternyata mereka juga memberikan pendapat supaya Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin dikekalkan sebagai juri tetap.
Selain komen, penampilan pelakon berusia 32 tahun juga turut mendapat perhatian.
Digelar sebagai Rock Babe, Elizad telah menyarungkan jaket kulit hitam dan seluar jeans koyak dibahagian lutut untuk melengkapkan lagi gaya rock.
Antara komen yang diberikan ialah:
@KHafiza77: Juri jemputan ni tepat sebab beliau pernah merasai apa yangg peserta #rockanova rasa tu yang komen sentiasa positive dan memberi tunjuk ajar.
@alinaBHD: Ada kematangan dan kejujuran dalam setiap komen dr #rockbabe
@elizad_official. You memang #Rockanova babe.
@ismiimanbahrin: Rock babe malam ni power babe! Komennya bersemangat Dan membina. #Rockanova kekalkan Elizad!
Rockanova diterajui oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad selaku pengacara dan menampilkan dua juri tetap, Datuk Awie dan Edry Abd Halim.
Minggu ketiga Rockanova bakal menyaksikan para peserta bersaing dengan lagu bertemakan Band Lagend Malaysia.
Rockanova bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB setiap Rabu.
Program tersebut boleh ditonton setiap Rabu, jam 9.30 malam menerusi Saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Manakala diari harian Rockanova, Rock On boleh disaksikan Isnin dan Selasa, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).
Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda klik link ini ----> (ROCKANOVA).
Teks Oleh: Mya Amri