,
Berita

"Janganlah Menganiaya Orang" - Wan Maimunah Kesal Duit Lakonan Dilarikan Pengurus Produksi

Rozaimi Zubaidi
28/08/2018
03:21 MYT
Pelakon veteran Wan Maimunah mengakui kesal apabila ada pihak yang masih belum melunaskan bayaran lakonannya sehingga kini.
Menurut Wan Maimunah, duit bayaran lakonannya dalam sebuah drama telah dilarikan oleh pengurus produksi yang merupakan individu sudah lama dikenali.
"Saya sentiasa berdoa kepada orang yang suka 'menipu' duit orang supaya tidak melalukan hal sedemikian kepada orang lain.
"Ini kerana duit itu akan menjadi darah daging kelak. Ingatlah duit bukan hasil kepunyaan sendiri kemudian diberikan kepada ahli keluarga akan menjadi darah daging yang tidak halal.
"Jadi janganlah menganiaya orang. Walaupun saya tidak menyebut namannya namun siapa yang makan cili dia yang akan terasa pedasnya.
"Saya amat terkilan kerana individu itu merupakan seorang insan yang sudah lama saya kenali.
"Saya berharap agar dia dapat membayar semua duit saya kerana ia merupakan wang yang diperolehi hasil titik peluh saya sendiri," katanya kepada Gempak.
Wan Maimunah berkata demikian ketika ditemui pada program Super Spontan Xtravaganza (SSX), di UPM Serdang, baru-baru ini.
Minggu keenam SSX menyaksikan Elizad diumumkan sebagai peserta daripada kumpulan Sotong Kangkung yang disingkirkan.
SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Bertemakan ‘tukang masak’, SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.
Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.
Setiap kumpulan akan dikritik dan diniali oleh dua jri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri jemputan.
SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Kim Soo-mi Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung!

gempak
25/10/2024
11:58 MYT
Pelakon veteran, Kim Soo-mi dilaporkan meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat serangan jantung, awal pagi tadi.
Hiburan

Pose Gaya Melentik, Imej Seksi Mawar Rashid Dikritik - “Nampak Macam Tak Normal”

gempak
25/10/2024
00:54 MYT
Pelakon Mawar Rashid mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi sebuah video baru-baru ini.
Hiburan

Pemain Watak Tarzan Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

gempak
24/10/2024
15:10 MYT
Pemain watak Tarzan yang cukup terkenal menerusi siri ditayang di NBC pada tahun 1960-an, Ron Ely dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Hiburan

Ikmal Amry Akui Tiada Perkahwinan Sempurna, Pentingnya Komunikasi dalam Menyelesaikan Masalah - “Kita Lelaki Memang Ego Tinggi Tapi”

gempak
24/10/2024
09:55 MYT
Bagi Ikmal meskipun berdepan dengan dugaan dia lebih suka menyelesaikan masalahnya bersama isteri tanpa ada campur tangan dari mana-mana pihak.
Hiburan

Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Roslan Saleh Yang Semakin Uzur, Doakan Cepat Sembuh

gempak
23/10/2024
20:55 MYT
Pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini dilaporkan semakin uzur.
Dun Dukun