Skip to main content

Berita

Jaslinda Dijangka Keluar Hospital Petang Ini

IMG 5393

Sekilas

  • Pendaki wanita yang hilang 14 hari di Gunung Batu Putih, Jaslinda Slaudin, dijangka keluar dari Hospital Tapah selepas pemeriksaan doktor.
  • Suaminya berkata keadaan fizikal Jaslinda semakin baik, tetapi mentalnya masih belum pulih sepenuhnya selepas pengalaman getir itu.
  • Keluarga Jaslinda akan ambil tindakan undang-undang terhadap pengguna media sosial yang memfitnah dan membuat gurauan melampau mengenai insiden kehilangan tersebut.
Advertisement

Pendaki wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang selama 14 hari di Gunung Batu Putih, Jaslinda Slaudin, 49, dijangka dibenarkan keluar dari Hospital Tapah petang ini selepas menjalani pemeriksaan doktor dan pakar.


Suaminya, Haszman Othman, 61, berkata keadaan fizikal isterinya semakin baik, namun dari segi mental masih belum pulih sepenuhnya selepas melalui pengalaman getir itu.

Advertisement

“Segi fizikal dia, kita nampak dia okey namun bagi saya mental dia belum cukup kuat. Umpamanya semalam dia mengatakan dia sudah serik dan mahu berhenti dari aktiviti mendaki gunung, namun hari ini dia mengatakan sebaliknya iaitu hendak teruskan lagi,” katanya ketika ditemui di pekarangan Wad Perempuan Hospital Tapah, hari ini.

Dalam pada itu, Haszman turut mengakui kekuatan Jaslinda untuk bertahan sepanjang tempoh kehilangan itu adalah disebabkan hubungan yang sentiasa dijaga dengan Allah SWT, termasuk tidak meninggalkan solat lima waktu.

“Memang dia tak tinggal (solat)… saya tahu dia orang macam mana. Bayangkan apabila sudah berseorangan dalam hutan, tiada orang lain jadi pada masa itu antara dia dengan Allah SWT sahaja,” katanya.

Advertisement

Pada masa sama, beliau memaklumkan bahawa keluarganya akan mengambil tindakan perundangan terhadap beberapa pengguna media sosial yang didakwa memfitnah isterinya susulan insiden kehilangan berkenaan.

“Ada yang mengaitkan dengan ahlong… ada juga yang bergurau melampau hingga memfitnah kononnya Tok Batin, Orang Asli simpan isteri saya selama seminggu.

“Ia gurauan melampau yang tak jaga perasaan saya selaku suami, maka saya kena bagi pengajaran agar perkataan macam itu memakan diri walaupun dia macam gelak-gelak bergurau hendak tarik ‘view’ (tontonan).

“Umpama maruah saya dia dipermainkan sebab kononnya (Jaslinda) disorok selama seminggu. Saya difahamkan komuniti Orang Asli pun sudah membuat laporan terhadap akaun media sosial itu sebab secara tidak langsung sudah memperkecilkan masyarakat itu,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

Anda mungkin berminat dengan

Men's sleeveless fitness clothing elegant and easy student cotton tank top Korean sports style solid color suitable for summer wear breathable black white gray plus size

Men's sleeveless fitness clothing elegant and easy student cotton tank top Korean sports style solid color suitable for summer wear breathable black white gray plus size

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

Everlast Unisex Adults Bronx Backpack (Black) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Bronx Backpack (Black) - Sports Direct One Size

SCVCN Running Sunglasses Cool UV400 for Unisex

SCVCN Running Sunglasses Cool UV400 for Unisex

ROCKBROS Cycling Helmet Adult Professional Bicycle helmet Unisex Lightweight Mountain bike helmet Cycling Clothing 57-61CM

ROCKBROS Cycling Helmet Adult Professional Bicycle helmet Unisex Lightweight Mountain bike helmet Cycling Clothing 57-61CM

【Free Custom Name & Number】EvoNova JERSEY FREE CUSTOM NAME NUMBER SINGLE AND TEAM | CUSTOMIZED JERSEY | | Soccer Jersey | CHEAP JERSEY | CHEAP JERSEY

【Free Custom Name & Number】EvoNova JERSEY FREE CUSTOM NAME NUMBER SINGLE AND TEAM | CUSTOMIZED JERSEY | | Soccer Jersey | CHEAP JERSEY | CHEAP JERSEY

Must Watch Video

Advertisement