Berita
“Juara GV Pula Tu, Apa Lagi Yang Nak Dibuktikan?”- Zulkarnain ‘Back Up’ Siti Nordiana
Bintang GegarVaganza 5 (GV5), Zulkarnain, memohon netizen tidak terlalu cepat menghentam dan mengkritik juara GV2, Siti Nordiana.
Zulkarnain atau lebih mesra dengan panggilan Nine berpendapat tidak adil untuk menjatuhkan hukuman terhadap seseorang tanpa mengetahui perkara sebenar.
Nine berkata demikian menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya pada Selasa.
“Rasanya masih tak terlambat nak cakap terima kasih pada @sitinordiana kerana sudi berduet bersama kami.
“It is such an honour. You're such an amazing talent. Charismatic yet humble. Subhanallaah you got such an amazing vocal tone.
“To all netizens out there yang kecam Nana tak pasal-pasal... Come on guys... Korang memang sentiasa sihat dalam sepanjang hidup korang? Tak pernah selsema?
“To us Nana already did her best at her particular given condition that day... Cuba la kalau korang kena shooting almost everyday, lack of sleep, ada show pulak lagi.
“Plus... Nana dah tak ada apa yang dia nak buktikan pada siapa-siapa dah... Every professional juries and musicians knows how good her vocal is... Juara GV pulak tu lagi... Apa lagi yang nak dibuktikan?
“Allaahu Rabbi... So before you guys kecam and assume benda pelik-pelik... Better cakap benda yang baik-baik.
“Terlajak perahu boleh patah balik... Terlajak kata ni... Allah bagi free dosa je tak pasal-pasal. Best kan? Kalau tak best takde la korang buat kan?
“Kita kena sentiasa ingat yang kita tak tahu lagi berapa saat minit jam hari bulan atau tahun yang kita akan hidup.
“So rasanya sempat tak nak pegi minta ampun pada orang yang kita hina dan kutuk tu sebelum kita mati? Selalu beringat yangg Rasulullaah SAW tak pernah ajar kita berburuk sangka pada orang lain.
“Inikan pulak kecam dan maki hamun... Saya bercakap ni sebab nak mengingatkan kita semua sesama islam dan selayaknya untuk diri saya sendiri,” tulisnya.
Terdahulu, Siti Nordiana dikritik netizen kerana dikatakan memberikan persembahan hambar ketika diundang untuk berduet bersama bintang duo GV5, Billy Zulkarnain pada Ahad lalu.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Foto: Instagram @nine.mike / @sitinordiana
Must-Watch Video