Berita
"Kak Long Hilang Sabar & Naik Angin!" - Dituduh Hina Cleaner, Amelina Buat Laporan Polis
Bintang Gegar Vaganza 5 (GV5) dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah kononnya penyanyi itu menghina pekerjaan tukang cuci (cleaner).
Jelas Amelina, individu terbabit telah mencetuskan provokasi di Instagramnya secara keterlaluan dan enggan berdamai.
Malah, akaun itu telah menyekat akses Amelina hingga memaksanya untuk berhubung dengan peguam bagi mengelakkan masalah itu berlarutan.
"Ini adalah kisahnya apabila Kak Long hilang sabar, naik angin dan hampir-hampir nak jadi hulk disebabkan sikap kurang cerdik sesetengah netizen yang masuk ke laman media sosial Kak Long dan menimbulkan kekecohan melampau!
"Kak Long memang giler, tingtong dan sporting tapi sorry sangat Kak Long terpaksa mengaku yang Kak Long tak boleh handle & cepat emotional dengan manusia yang sengaja nak wujudkan sentimen negatif, menghasut & memfitnah.
"Sangat tak faham sesetengah mereka sanggup create fake account dan kemudian sengaja masuk kat semua IG artis untuk provoke menyakitkan hati.
"Dah takde kerja lain ke?! Nmpk sgt kehidupan mereka ni sedih dan malang," tulis Amelina di Instagramnya.
Terdahulu, Amelina memuat naik beberapa rakaman video ketika penggambaran program Trek Selebriti di sebuah kilang tempatnya bekerja 25 tahun dahulu.
Menerusi video terbabit, Amelina secara berseloroh mengatakan dia tidak mungkin diterima bekerja kembali melainkan jawatan cleaner yang sesuai untuknya.
Malangnya, video itu mengundang perspektif negatif segelintir netizen.
Must-Watch Video