Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kamal Adli Makan Lemang Dengan Sardin... Macam Mana Rasanya Tu?

Rozaimi Zubaidi
16/06/2018 01:30 MYT
Pelakon Kamal Adli mengakui setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah waktu yang dinantikan untuk menikmati hidangan disediakan di rumah.

Menurut Kamal, dia mempunyai makanan istimewa setiap kali pulang ke kampung untuk sama-sama meraikan Aidilfitri dengan kaum keluarga.

"Makanan yang dinantikan oleh orang ramai setiap kali perayaan mestilah lemang dengan rendang ayam atau kambing.

"Tapi menu makanan yang dinantikan oleh saya adalah lemang dengan sardin.

"Dengar macam pelik tapi anda semua perlu cuba kerana rasanya sangat sedap dan ia merupakan menu wajib yang perlu ada bagi saya setiap tahun.

"Setiap tahun saya akan minta keluarga untuk menyediakan masakan itu dan makanan itu adalah antara menu raya yang paling dinantikan," katanya kepada Astro Gempak.

Kamal berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2018 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Kamal akan kembali ke set penggambaran drama bersiri Banteras pada hari raya kelima.

Drama arahan Ghaz Abu Bakar itu turut dibintangi oleh Khir Rahman dan Sangeeta Krishnasamy.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#pelakon #Kamal Adli #Pelakon #Kamal Adli
;