,
berita

"Kau Tak Layak Ada Dalam Bidang Seni!" - Bob Akui Wujudnya Diskriminasi

Kamaruddin Razal
26/10/2017
06:00 MYT
Penyanyi Bob Yusof mengakui wujudnya diskriminasi yang berlaku terhadap dirinya sepanjang 13 tahun penglibatan dalam dunia seni.
"Saya akui, diskriminasi itu ada tetapi saya melatih diri untuk tidak menjadikan itu sebagai satu beban.
"Tak perlu saya sebutkan secara terperinci bagaimana diskriminasi tersebut terjadi kerana saya sendiri tidak mahu memikirkannya. Saya mendidik perasaan saya supaya tidak terasa hati.
"Saya sendiri mendidik hati saya agar berpegang teguh kepada rezeki. Semuanya bergantung kepada rezeki. Biarpun ada perbandingan antara saya dengan yang lain, saya terima. Sebagai contoh, jika Allah mahu memberikan saya hanya RM1, saya terima dengan rela hati kerana itu rezeki saya," kata Bob kepada Astro Gempak.
Tambah Bob, dia juga pernah menerima kata-kata negatif sepanjang penglibatan dalam dunia nyanyian.
"Kata-kata negatif itu wujud. Ada yang pernah berkata 'kau tidak layak berada dalam bidang seni' dan macam-macam lagi.
"Apa yang saya lakukan mudah. Saya sendiri mengambil pendekatan positif. Tidak mengapa, mungkin yang tak suka ada seorang tetapi seribu yang lain pastinya menyokong.
"Ini kerjaya saya, saya akan terus melangkah dengan berlapang dada," katanya lagi ketika ditemui usai konsert akhir AF Megastar.
Mengakhiri perjalanan di pentas AF Megastar, Bob optimis dan tidak ralat apabila gagal meraih gelaran juara.
Dalam perkembangan lain, Bob bakal mempromosikan lagu terbarunya, Terbuang Dalam Pelukan.
Menerusi lagu ciptaan Hafiz Hamidun ini, Bob mencurahkan idea sebagai penulis lirik.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram @bobyusof
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Ahmad Kassan Antara Orang Pertama Bagi Saya Tumpang Tempat Tinggal" - Shah Iskandar

gempak
01/09/2023
02:55 MYT
Al-Fatihah buat keluarga Allahyarham Ahmad Kassan.
Laman Utama

Ziana Zain, Hail Amir, Sanisah Huri, Bob Yusof Hiasi Konsert Raya Sepanjang Zaman Di DFP

gempak
04/03/2023
10:03 MYT
Nantikan Mei 2023.
Gegar Vaganza 9

GV9: "Kadang-Kadang Orang Tanya Mana Saya Hilang?" - Bob Mahu Guna GV9 Untuk 'Hidupkan' Balik Nama, Tak Pernah Harap Menang

gempak
28/11/2022
10:00 MYT
Bob mahu jenamakan semula namanya
Laman Utama

GV9: Tahu Tak Markah Bob & Shila Amzah Beza O.2% Jer? Semak Skor Penuh Konsert Finale Yang Nobatkan Jac Juara

gempak
27/11/2022
17:55 MYT
Tahniah!
Gegar Vaganza 9

Menepati Ramalan, Jaclyn Victor Juara GV9! Menang RM100,000

gempak
27/11/2022
16:28 MYT
Tahniah juara baru Gegar Vaganza!