Skip to main content

Selebriti

Kenapa ‘RE.HAB’ Aisha Retno Menang Album Terbaik? Ajai Dedah Apa Yang Dinilai Juri AIM25

Kenapa ‘RE.HAB’ Aisha Retno Menang Album Terbaik? Ajai Dedah Apa Yang Dinilai Juri AIM25

Sekilas

  • Ketua Juri AIM25, Ajai, menjelaskan kemenangan album ‘RE.HAB’ oleh Aisha Retno adalah hasil penilaian menyeluruh terhadap keseluruhan karya, bukan hanya lagu.
  • Penilaian mengambil kira aspek seperti proses rakaman, susunan muzik, lirik, mixing, dan mastering sebelum membuat keputusan.
  • Setiap pencalonan diteliti secara terperinci oleh barisan juri, menjadikan proses pemilihan pemenang sangat mencabar dan teliti.
Advertisement

Ketua Juri Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), Ajai menjelaskan kemenangan album ‘RE.HAB’ milik penyanyi Aisha Retno sebagai Album Terbaik dibuat berdasarkan penilaian menyeluruh terhadap karya berkenaan.

Menurut Ajai, penilaian bukan hanya tertumpu kepada kekuatan lagu, sebaliknya mengambil kira pelbagai elemen yang membentuk keseluruhan album.

Advertisement

Antara aspek yang diberikan perhatian termasuk proses rakaman, susunan muzik, lirik, ‘mixing’ dan ‘mastering’.

“Mengenai kemenangan album ‘RE.HAB’, penilaian dibuat secara keseluruhan. Ia bukan hanya berdasarkan lagu semata mata, sebaliknya melihat keseluruhan karya berkenaan.

“Daripada proses rakaman, ‘mixing’, ‘mastering’ dan apa sahaja yang berkaitan dengan pencalonan, semuanya diambil kira sebelum penilaian dibuat terhadap sesebuah karya,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Ajai berkata demikian pada sidang media AIM25 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ajai berkata proses menentukan pemenang bukan sesuatu yang mudah kerana setiap kategori mempunyai cabaran tersendiri.

Malah, setiap pencalonan diteliti secara terperinci oleh barisan juri yang dilantik sebelum keputusan akhir dibuat.

“Keputusan ini adalah daripada barisan juri yang kita lantik untuk AIM25 dan saya rasa ia satu keputusan yang baik. Mutu yang bagus itulah yang perlu kita kedepankan.

“Sebenarnya, semua kategori mencabar kerana proses penelitian terhadap setiap pencalonan dilakukan dengan sangat terperinci.

“Penilaian bukan sahaja melihat mutu vokal atau lagu, tetapi merangkumi pelbagai aspek,” katanya.

Pada malam kemuncak AIM25, Aisha mencipta kejutan apabila ‘RE.HAB’ diumumkan sebagai Album Terbaik.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Must Watch Video

Advertisement