berita
Koronavirus: Kesihatan Peminat Lebih Penting, Seventeen Batal Konsert Di Malaysia
Kumpulan K-Pop terkenal SEVENTEEN mengambil keputusan membatalkan konsert jelajah dunia <ODE TO YOU> di Kuala Lumpur berikutan penularan wabak novel koronavirus.
Pembatalan tersebut disampaikan iME Malaysia menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman rasminya.
Menurut penganjur iME Malaysia memaklumkan pembatalan konsert yang dijadualkan berlangsung pada 22 Februari ini dibuat selepas mempertimbangkan soal kesihatan semua pihak sebagai keutamaan.
“Melihat kepada kes jangkitan koronavirus yang semakin serius baru-baru ini, tahap kesihatan dan keselamatan artis, kakitangan serta peminat kami menjadi keutamaan kami.
“Selepas membuat pertimbangan, kami telah mencapai kata persetujuan dengan pihak pengurusan artis, Pledis Entertainment.
“Kami memohon maaf kerana untuk mengumumkan bahawa konsert SEVENTEEN yang dijadualkan berlangsung pada 22 Februari ini di Axiata Arena akan dibatalkan bagi mencegah jangkitan koronavirus,” jelas iME.
Dalam pada itu, penganjur juga memohon maaf kepada kelab peminat SEVENTEN, CARAT yang sudah membeli tiket dan berjanji akan memulangkan kembali wang mereka.
Sementara itu, menerusi laman Twitter rasmi SEVENTEEN, mereka juga telah memuat naik kenyataan untuk membatalkan konsert di lima lokasi yang lain.
Antaranya konsert di Taipei, Madrid, Paris, London dan Berlin yang dijadualkan berlangsung pada Februari dan Mac depan.SEVENTEEN WORLD TOUR <ODE TO YOU> IN KUALA LUMPUR???????????? ??????#iMeMY #iMe #iMe娱乐集团 #SEVENTEENINKL #SEVENTEEN2019 #SEVENTEEN2020 #ODETOYOU #ODETOYOUINKL #CARAT pic.twitter.com/7Nlx3lzIYD— iMe MY (@imemalaysia) February 9, 2020
SEVENTEEN yang dianggaotai oleh 13 anak muda berbakat iaitu Jun, The8, Vernon, Joshua, S Coups, Jeonghan, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, Seungkwan dan Dino ini telah memulakan kerjaya mereka pada tahun 2015.
Must-Watch Video