,
Berita

Kumpulan 2B Tidak Bernasib Baik, Premis Hilmy Ashley Langsung Tidak Jelas

Elrafaei Sapi
09/11/2018
23:30 MYT
Peserta solo Hilmy Ashley dan kumpulan 2B terpaksa melupakan perjuangan di pentas Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) apabila keduanya tersingkir pada malam tadi.
Ketua juri, Douglas Lim mengakui penyingkiran dua peserta tersebut pada saingan minggu kedua berdasarkan markah juri dan undian penonton menerusi TikTok.
"Saya rasa 2B ada elemen tak bernasib baik sebab mereka mengetengahkan cerita orang tua senang lupa tapi mereka membuatkan selepas kumpulan Abioso membuat topik yang sama dengan cemerlang.
"Untuk mengikut topik yang sama daripada kumpulan yang buat sangat cemerlang adalah sangat susah," katanya kepada Astro Gempak.
Jelasnya, idea lawak yang dipersembahkan 2B masih boleh digunakan berulang kali seperti watak doktor gila tapi perlu memikirkan cara pelaksanaannya.
"Penyampaian 2B kurang bagus dibandingkan dengan Abioso. Hilmy pula premis langsung tidak jelas sehingga penonton tidak tahu dia cakap pasal apa.
"Dia mula cerita pasal pengadil kemudian pemain selepas itu pengacara. Jadi, penonton tidak tahu dan dalam 'stand up' untuk persembahan selama 4 minit, premis paling banyak adalah 1 atau 2 iaitu apakah kenyataan dia.
"Sebagai contoh, jadi pengadil memang susah dan dalam persembahan kena beritahu ia betul atau tidak. Kenapa Hilmy rasa berhak dia beritahu penonton jadi pengadil itu susah," katanya.
Ujarnya, persembahan Hilmy menimbulkan persoalan pada juri untuk percaya sama ada apa yang diperkatakan betul atau tidak.
"Apabila dia tidak dapat reaksi penonton, dia lompat pergi topik lain dan saya rasa itu memudaratkan persembahannya," katanya.
Sehingga jam 2 pagi tadi, kedudukan terkini undian peserta menerusi TikTok menyaksikan kumpulan Bocey masih mendahului dengan 21.84 peratus diikuti Zero (16.56 peratus) dan Puteh (12.93 peratus) manakala Dany menjadi peserta tercorot dengan 0.99 peratus di belakang Masin (2.56 peratus).
Jangan lupa menyaksikan MLM 2018 pada setiap Jumaat jam 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘on demand’.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Astro Lancar Tiga Adaptasi Format Sensasi Family Feud! Nabil Ahmad, Douglas Lim & Dr J. Ram Sebagai Host

gempak
24/03/2023
02:30 MYT
Confirm riuh!
Laman Utama

Douglas Lim Beraksi Dalam Siri Komedi Baharu M.A.C.C, Eratkan Hubungan Empat Sekawan

gempak
07/09/2020
14:02 MYT
Love hubungan empat sekawan ni.
Berita

"Ada Mayat, Ada Roh Tapi Cerita 'Stuck' Kat Sana" - Douglas Lim

gempak
04/01/2019
03:56 MYT
Berita

"Lupakan Elemen Pertandingan, Pentingkan Elemen Hiburan" - Douglas Lim

gempak
03/01/2019
13:15 MYT
Berita

MLM 2018: Shiro Ada 'Perkahwinan' Sangat Bagus - Douglas Lim

gempak
28/12/2018
13:36 MYT