,
berita

Lucunya! Aksi Maskot Rimau Dan Nila Berpeluk Di Pusat Akuatik Nasional Menghiburkan

Amri Hassan
25/08/2017
13:02 MYT
Dalam pada keterujaan menyaksikan perlawanan acara sukan, penonton di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini dihiburkan dengan keletah maskot Rimau dan Nila yang muncul secara tiba-tiba.
Maskot singa comel dari negara Singapura itu kemudiannya dilihat berpelukan dengan maskot rasmi temasya Sukan Sea ke-29, Rimau.
Aksi spontan itu dirakamkan penonton yang hadir untuk menyaksikan acara renang yang disifatkan sangat mencuit hati.
Malah, Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) turut berkongsi gambar-gambar Rimau dan Nila itu di Twitternya. Gambar itu telah menerima perhatian netizen sehinggan dikongsi semula (retweet) sebanyak 11,000 kali dan 6,000 likes.
Gambar itu secara tidak langsung menyifatkan simbol perdamaian antara dua negara berjiran Malaysia dan Singapura.
Tambahan, sebelum ini panas dengan kenyataan kontroversi perenang pingat Olimpik dari Singapura, Joseph Schooling yang memperkecilkan keupayaan perenang Malaysia.
Lebih mencuit hati sebenarnya apabila KJ turut memuat naik gambar Rimau ditahan polis ekoran aksi berpelukan itu.
"Nakal sangat Rimau ni. Nak kena rotan dengan Abah ni," tulis @NrlAida.
"Suruh Rimau kiss Garuda pula. Bolehlah berdamai rakyat jelata di sana," tulis @Imrankadir94.
Untuk perkembangan dan informasi mengenai GempakXSeaGames, layari www.gempak.com/seagames2017 atau ikuti laman Facebook Astro Gempak dan Instagram @astrogempak.
Teks oleh: Amri Hassan Sumber: Twitter Khairykj
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

gempak
28/08/2024
15:50 MYT
Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Ragam Lucu, Pelat & Hyperaktif, Lima Maskot Musim Ketiga Ini Paling Diingati Netizen

gempak
19/12/2023
15:55 MYT
Maskot paling diingati last year.
Masked Singer 2022

TMSMY3: Netizen Locked Mengena! Si Tangkis Bukan Wany Hasrita Tapi Amsyar Lee!

gempak
03/02/2023
16:26 MYT
Amsyar Lee rupanya guys!
Laman Utama

"Kalau Saya Sakit Bahu, Anak Saya Sakit Kanser" - Pesilat Negara Sebak, Netizen Titip Kata-Kata Semangat!

gempak
16/05/2022
07:50 MYT
Tetap emas di mata kami!
The Masked Singer

Rimau Tersingkir, Ini Recap The Masked Singer Malaysia Minggu Kedua

gempak
25/09/2020
15:31 MYT
Alaa Rimau dapat markah terendah..
BorakSeeni