Berita

Marketing Excellence Award 2016, The House Menang Emas Kategori Pemasaran Digital Terbaik

gempak
Ahmad Shah
28/10/2016
07:15 MYT
Sponsor Banner
Marketing Excellence Award 2016, The House Menang Emas Kategori Pemasaran Digital Terbaik
Program realiti digital The House musim pertama telah memenangi pingat emas dan perak di Marketing Excellence Award 2016 (MEA 2016) yang berlangsung pada Khamis.
Majlis anjuran Advertising Marketing Magazines yang berlangsung Aloft KL itu menyaksikan The House musim pertama memenangi emas menerusi kategori Excellence in Digital Marketing (Pemasaran Digital Terbaik) dan perak bagi kategori Excellence in Brand Awareness (Penjenamaan Terbaik).
Ketua Penjenamaan, Pemasaran Bahagian Melayu dan Astro Gempak, Raja Jastina Raja Arshad berkata, kemenangan The House merupakan hadiah paling bermakna kepada Astro.
“Kerja keras kami selama ini terbalas. Ini membuktikan kerja kreatif kami mendapat pengiktirafan oleh masyarakat di luar sana yang sentiasa inginkan sesuatu yang baru dan segar seiring dengan perkembangan dunia digital kini.
“Saya berbangga kerana mempunyai pasukan yang kuat dan sentiasa bersemangat dalam kerja mereka dalam menghasilkan produk terbaik serta berkualiti kepada Astro,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Jastina lagi kemenangan ini juga pemangkin kepada Astro Gempak selaku platform digital Astro untuk menghasilkan lebih banyak lagi program-program bermutu tinggi.
“Anugerah seperti ini memberi peluang kepada Astro untuk lebih memahami strategi pemasaran terbaik serta bersaing lebih sihat dengan jenama lain.
“Untuk memperoleh kejayaan seperti hari ini, bekerja dalam satu kumpulan, sentiasa mempelajari sesuatu yang baru dan kreatif adalah formula untuk menghasilkan kumpulan pemasaran yang inovatif,” ujarnya.
Dalam pada itu katanya lagi, Astro Gempak akan terus menghasilkan program-program terbaik untuk menarik lebih ramai penonton dan pembaca.
“The House merupakan program interaktif digital pertama Malaysia yang menghasilkan mini siri memaparkan kehidupan sebenar selebriti di Malaysia.
“The House juga sedang menjalani penggambaran musim pertama dan kedua yang akan menemui penonton setianya tidak lama lagi.
“Kemenangan yang diperolehi hari ini membangkitkan lagi semangat kami untuk menghasilkan banyak lagi program interaktif di platform digital kami,” katanya.
Kepada pembaca dan penonton program digital Astro Gempak, terima kasih kerana setia dan sentiasa menyokong kami. Tanpa kalian, kami mungkin tidak akan berada di sini, hari ini.
Terima kasih!
Nantikan lebih banyak program menarik di Astro Gempak yang akan mula ditayangkan tidak lama lagi!
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024