BERITA
"Masih Banyak Perkara Perlu Saya Pelajari" - Sissy Imann
Penyanyi Sissy Imann mengakui masih perlu banyak belajar mengenai ilmu dalam bidang muzik.
Menurut Sissy, dia tidak menganggap pengalaman sebagai guru dalam bidang muzik merupakan kelebihan yang ada untuk memandang rendah pada penyanyi lain.
"Saya tidak pernah menganggap ilmu yang saya ada sudah cukup dalam bidang muzik ini.
"Masih banyak perkara yang perlu saya pelajari dan mengutip sebanyak mungkin pengalaman dalam program ini.
"Walaupun sudah bergelar guru muzik namun saya tidak menganggap itu sebagai kelebihan sebaliknya saya perlu mengunakan pengalaman yang ada untuk lebih mengenali realiti industri seni tempatan.
"Program ini merupakan platfom terbaik untuk saya mengetengahkan bakat yang ada kerana walaupun sudah lama bergelar penyanyi namun masih ada juga masih tidak sedar kehadiran saya dalam industri," katanya pada Astro Gempak.
Sissy berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media program Big Stage, di Timbre @ The Row, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Program Big Stage merupakan sebuah pertandingan nyanyian terbaru berkonsepkan realiti yang menampilkan angkatan bakat muda yang kini popular dengan jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU) dalam kalangan penggiat industri hiburan tempatan.
Selain Sissy, Big Stage turut disertai oleh Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Tajul dan Wani Kayrie.
Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh Tik Tok ini akan mula ditayangkan mulai 5 Ogos 2018, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria(104) dan Ria HD (123).
Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video