,
berita

Menang Pingat Emas, Amsyar Menangis Peluk Bapa

Mya Amri
28/08/2017
13:20 MYT
Penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja berjaya merangkul pingat emas bagi acara 1 meter papan anjal lelaki di Sukan Sea KL2017 hari ini.
Acara tersebut berlangsung di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil Kuala Lumpur sebentar tadi.
Kemenangan itu sekaligus membuatkan Amsyar tidak dapat mengawal emosi dan menangis ketika memeluk erat bapanya, Azman Hassan.
Foto-foto menyentuh hati itu dikongsi oleh jurufoto, Aizuddin Saad menerusi laman Facebook Berita Harian Online.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terharu melihat momen gembira Amsyar dan bapanya selain memberikan ucapan tahniah.
"Tak tahulah sejak sukan Sea bermula banyak kali dah aku nangis sebab terharu melihat hero dan heroin malaya kita ni. Sedih, lucu & bangga pun ada. Anyway congrats bro," - komen Nizzatul Wan
"Tahniah walaupun setinggi mana kejayaan masih tetap menghargai kedua ibu bapa anda, restu mereka diperlukan dan bersyukurlah kepada tuhan di atas kejayaan tersebut," - tulis Wahab Bro.
Untuk perkembangan dan informasi mengenai GempakXSeaGames, layari www.gempak.com/seagames2017 atau ikuti laman Facebook Astro Gempak dan Instagram @astrogempak.
Kredit foto: Aizuddin Saad
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
berita

Gempak Star Of The Week: Julian Yee, Peluncur Ais Termuda Paling Kacak

gempak
02/10/2017
06:00 MYT
berita

Gempak Star Of The Week: Niena Azman Penjaga Gol Futsal Wanita Paling Cantik!

gempak
07/09/2017
10:59 MYT
Hiburan

Tak Sangka Ada Juga Orang Thai Ingat Saya Kacukan Thailand - Jasmine Suraya

gempak
31/08/2017
05:55 MYT
berita

Corat Coret Upacara Penutup Sukan Sea KL2017

gempak
31/08/2017
03:13 MYT
berita

Umpama Mimpi Jadi Kenyataan, PM Hadiah Cuti Umum

gempak
31/08/2017
03:10 MYT
Unitar