Skip to main content

Selebriti

Misha Omar Kembali Dengan Showcase ‘Aku & Lelaki’, Kali Ini Bawa Konsep Maskulin Dan Feminin - “Saya Tak Mahu Peminat Dengar Perkara Yang Sama…”

Misha Omar Kembali Dengan Showcase ‘Aku & Lelaki’, Kali Ini Bawa Konsep Maskulin Dan Feminin - “Saya Tak Mahu Peminat Dengar Perkara Yang Sama…”

Sekilas

  • Misha Omar akan mengadakan showcase eksklusif bertajuk ‘Aku & Lelaki’ pada 24 Oktober 2026 di JioSpace, Petaling Jaya sebagai persiapan menuju konsert ulang tahun ke-25 seni beliau.
  • Showcase ini menampilkan lagu-lagu popular Misha serta interpretasi lagu ikonik penyanyi lelaki dari Malaysia, Indonesia dan antarabangsa dengan konsep keseimbangan maskulin dan feminin.
  • Tiket akan mula dijual pada 3 September 2026 dengan pelbagai kategori harga, dan pembelian boleh dibuat melalui laman web Ticket2U.
Advertisement

Selepas kejayaan siri showcase ‘Back to Basic dan DiA’, penyanyi, Misha Omar bakal kembali menemui peminat menerusi sebuah showcase eksklusif berjudul ‘Aku & Lelaki’ yang akan berlangsung pada 24 Oktober 2026, jam 8.30 malam di JioSpace, Petaling Jaya, Selangor.

Lebih menarik, showcase ini merupakan sebahagian daripada perjalanan menuju konsert meraikan 25 tahun perjuangan seni Misha Omar yang bakal berlangsung pada tahun hadapan. 

Advertisement

Berbeza daripada persembahan sebelum ini, ‘Aku & Lelaki’ mengetengahkan konsep yang lebih segar di samping meraikan keseimbangan dua sisi yang saling melengkapi iaitu maskulin dan feminin, kekuatan dan kelembutan serta kehilangan dan harapan.

Selain mempersembahkan lagu-lagu popular daripada katalog peribadinya, Misha Omar turut akan memberikan interpretasi tersendiri kepada lagu-lagu ikonik yang pernah dipopularkan oleh penyanyi lelaki dari Malaysia, Indonesia dan antarabangsa.

Menurut Misha, showcase tersebut merpuakan platform untuk dirinya menerokai lagu-lagu penyanyi lelaki yang dikaguminya sambil membawa identiti dirinya sebagai seorang wanita.

Advertisement

“Saya tidak mahu peminat mendengar perkara yang sama setiap kali kita bertemu. “Aku & Lelaki” adalah ruang dan peluang saya untuk meneroka lagu-lagu yang saya kagumi daripada penyanyi lelaki yang banyak memberi inspirasi kepada perjalanan muzik saya. 

“Namun pada masa yang sama, saya masih dan akan tetap membawa identiti saya sebagai seorang penyanyi wanita. 

“Saya mahu peminat menikmati sesuatu yang baharu dan saya berharap showcase ini dapat membuat penonton pulang dengan kenangan yang istimewa,” katanya.

Sebagai pembuka tirai menuju konsert ulangtahun ke-25 Misha Omar,  ‘Aku & Lelaki’ bukan sekadar sebuah showcase tetapi suatu malam yang meraikan muzik, nostalgia dan emosi yang menyatukan Misha Omar dengan para peminat yang telah setia mengiringi perjalanan seninya selama lebih dua dekad.

Berikut merupakan senarai harga tiket bagi showcase tersebut:

* VIP 1 – RM508 (termasuk sesi fotografi)

* VIP 2 – RM488

* CAT 1 – RM458

* CAT 2 – RM288 (Free Standing)

* CAT 3 – RM188 (Free Standing)

* Mezzanine – RM458

Tiket akan mula dijual pada 3 September 2026, Khamis mulai jam 12 tengah hari di www.ticket2u.com.my/aku-lelaki-misha-omar, manakala sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui WhatsApp di +60 19-595 1931.



 

Anda mungkin berminat dengan

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Must Watch Video

Advertisement