,
Berita

“Mula Berlakon Dengan Yusof Haslam Umur 19 Tahun..”- Hetty Sarlene

Syafiqah Jalal
16/10/2018
11:19 MYT
Bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Hetty Sarlene mengimbau kembali kenangannya bersama pengarah filem Datuk Yusof Haslam saat bertemu dengan pengarah siri Gerak Khas itu semalam.
Hetty memberithau Yusof adalah pengarah yang berjaya mencungkil bakat lakonannya seawal usianya mencecah 19 tahun.
“Hari ini untuk Trek Selebriti kite jumpe orang yang bertanggungjawab menaikkan nama HETTY SARLENE sebagai pelakon.
“Mula Berlakon dengan Datuk sejak umur Hetty 19 tahun... hahhh!!! Lah nie ceh teka brape umur kite?
“Ini lah die Uncle/Datuk Yusof Haslam. Terima kasih Datuk, Budi baik Uncle dan auntie akan tetap Hetty kenang... sayang Uncle dgn auntie ketat-ketat,” tulisnya.
Selebriti kelahiran Singapura itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya. Hetty turut memuat naik gambar bersama Yusof.
Rata-rata pengikut IGnya turut mengimbau lakonan Hetty di dalam filem Sembilu serta berharap dia akan kembali berlakon lagi.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Baru Idamkan Trofi Oscar, Ini Reaksi Azhar Sulaiman - “Poyo Betul…”

gempak
21/09/2024
05:19 MYT
“Poyo betul nak cakap macam tu,” itulah reaksi aktor, Azhar Sulaiman selepas ada pelakon baharu yang memandang rendah terhadap anugerah industri tempatan dan mengagungkan pengiktirafan daripada negara luar.
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.