Berita

Noraniza Idris Tak Berani Bertanding Dalam GegarVaganza

gempak
Muhammad Ridhwan Roslan
07/12/2016
05:12 MYT
Sponsor Banner
Noraniza Idris Tak Berani Bertanding Dalam GegarVaganza
Penyanyi tradisional, Noraniza Idris akui tidak sesuai bertanding dalam GegarVaganza (GV) kerana lebih selesa menyanyikan lagu-lagu irama Malaysia.
Menurut Noraniza, dia tidak mahir untuk menyanyikan semua genre lagu seperti yang dikehendaki oleh format rancangan berkenaan, tambahan lagi lagu-lagu irama melayu dan etnik kreatif sudah sebati dalam jiwanya.
“Saya memang tak berani nak sertai GV kerana saya tahu tahap saya di mana dan tak pandai nak nyanyi lagu-lagu lain.
“Lebih baik beri peluang dan ruang kepada mereka yang pernah popular sewaktu ketika dahulu untuk menaikkan semula nama mereka.
“Sekiranya pihak produksi meminta saya untuk menyertai GV saya menolak dengan cara baik kerana ramai penyanyi yang lebih bagus daripada saya,” katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Mewangi.
Tambah Noraniza lagi, GV merupakan program yang sangat bernilai dan wajar diteruskan pada setiap tahun kerana mempunyai pengikut tersendiri.
Malah, ia juga menyemarakkan lagi semula industri nyanyian agar terus meriah dan dapat mengimbau semula kenangan silam.
“Saya suka menonton GV, lebih-lebih lagi penyanyi yang seiring dengan usia saya yang masih mampu menyanyi dengan baik di hadapan penonton.
“Kreativiti yang mereka tonjolkan dalam setiap persembahan setiap minggu agak matang dan berbeza berbanding dahulu,” katanya.
Menyentuh mengenai produk Mewangi, ia merupakan produk kecantikan dan penjagaan wajah untuk menghilangkan jeragat dan Noraniza telah dilantik menjadi duta selama satu tahun.
Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live