Skip to main content

Bencana

Paras Air Banjir Tinggi, Kanak-Kanak Terpaksa Berpaut Pada Tempat Jemur Kain

Banjir taiping kanak kanak

Insiden banjir di Taiping sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila rakaman video orang awam yang terkandas di dalam kejadian tersebut tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, kelihatan mangsa yang terlibat berada di bahagian luar rumah sambil ada yang cuba untuk memanjat ke tempat yang lebih selamat.

Advertisement

Namun apa yang membimbangkan ialah dalam video tersebut memaparkan kanak-kanak sedang berpaut pada tempat menyidai kain akibat paras air yang semakin tinggi.

Detik cemas tersebut menyebabkan orang dewasa di tempat kejadian membimbangkan keselamatan mereka dan hanya berharap agar bantuan segera tiba.

"Kita takpe, kesian kat budak-budak. Allahuakbar," kata mangsa tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati mereka dengan tragedi yang menimpa mangsa di Taiping dan mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Must-Watch Video

Advertisement