Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Pernah Dikata Terlalu Tua & Tak Relevan, MimiFly Menang Lima Trofi AIM25 - “Selepas 18 Tahun…”

Pernah Dikata Terlalu Tua & Tak Relevan, MimiFly Menang Lima Trofi AIM25 - “Selepas 18 Tahun…”

Sekilas

  • MimiFly raih lima trofi di Anugerah Industri Muzik ke-25 selepas 18 tahun berjuang dalam industri muzik.
  • Walaupun pernah dianggap sudah tidak relevan dan gagal mendapat sambutan, MimiFly terus berusaha tanpa berputus asa.
  • Kemenangan ini bukan penentu, tetapi pengiktirafan yang memberi semangat untuk terus berkarya dan menghasilkan lebih banyak lagu.
Advertisement

Lima trofi yang diraih MimiFly pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) membawa makna cukup besar buat penyanyi dan komposer itu selepas 18 tahun berdepan pelbagai turun naik dalam industri muzik.

Lebih daripada sekadar kemenangan, MimiFly atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham mengakui pencapaian tersebut terasa manis selepas pernah berdepan tanggapan bahawa dirinya sudah terlalu berusia dan tidak lagi relevan untuk meneruskan kerjaya seni.

Advertisement

Malah, penyanyi berusia 39 tahun itu berkata sudah terlalu banyak kali karya yang dihasilkannya tidak mendapat sambutan seperti diharapkan.

“Sudah terlalu banyak kali saya menghasilkan sesuatu yang tidak menjadi. Terlalu banyak tahun apabila saya buat sesuatu, orang tidak percaya.

“Ada yang kata saya sudah terlalu tua untuk kembali dalam industri, malah zaman kemuncak saya sudah berakhir.

Advertisement

“Itu yang selalu saya dengar, bahawa saya sudah tidak relevan. Saya juga tidak dapat menghasilkan atau mengembangkan lagu kerana tiada pihak yang mahu membantu membawa karya saya keluar,” katanya kepada Gempak.

Namun, Mimi memilih untuk tidak menyerah dan mula menggerakkan sendiri karya muziknya.

“Akhirnya saya buat sendiri dan Tuhan memberikan kemanisan kepada saya kerana memberikan peluang untuk berjaya.

“Ia membolehkan orang melihat bahawa kalau kita tidak berputus asa, insya-Allah akan ada jalannya,” katanya.

Menurut Mimi, pengalaman sepanjang 18 tahun dalam industri turut mengajarnya supaya tidak membiarkan pandangan orang lain membuatkan dirinya meragui kemampuan sendiri.

“Mungkin sepanjang 18 tahun, terlalu banyak orang kata saya tak mampu dan tak boleh. Kadang-kadang benda itu masuk dalam diri dan kita mula percaya yang kita tak layak atau tak mampu buat.

“Bertahun-tahun saya rasa macam itu dan ia memberi kesan kepada kehidupan, sampai saya bangun balik dan ambil peluang untuk cuba lagi dan lagi,” katanya.

Mimi bagaimanapun menegaskan kemenangan atau kegagalan bukan penentu sama ada dia akan terus menghasilkan muzik.

“Saya sangat bersyukur, namun pencapaian atau kegagalan tidak akan membuatkan saya berhenti berkarya kerana saya terus berada dalam bidang ini memang kerana mahu berkarya.

“Saya tidak kisah sama ada menang atau tidak kerana masih banyak karya yang mahu saya hasilkan. Tetapi, saya sangat bersyukur kerana Anugerah Industri Muzik mengiktiraf saya dan hasil kerja ini,” katanya.

Pada AIM25, MimiFly menjadi antara pemenang terbesar apabila membawa pulang lima trofi menerusi ‘Nara’, ‘Serumpun’ dan ‘Temberang’.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video

Advertisement