Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Rasa Tak Layak, Ramai Yang Tak Kenal Saya” – Menang Rookie Terbaik, Ucapan Ong Seong Wu Sentuh Hati Netizen

Mya Amri
03/10/2019 11:09 MYT
Penyanyi dan bekas anggota kumpulan K-Pop terkenal WANNA ONE, Ong Seong Wu akui masih belum layak untuk melabelkan dirinya sebagai seorang pelakon.

Menurut Seong Wu, dia baru sahaja menceburi bidang lakonan dan perjalanannya sebagai pelakon juga masih jauh.

“Saya sangat gementar untuk menerima anugerah ini kerana secara jujurnya saya tidak fikir saya patut mendapat penghormatan sebagai 'pelakon' lagi.

“Saya tahu bahawa saya masih jauh lagi dan belum cukup baik untuk menerima sebarang pengiktirafan.

“Jadi saya mengambil anugerah ini sebagai pembakar semangat dan motivasi untuk terus bekerja keras selain menjadi pelakon yang memberikan sepenuh hati terhadap lakonannya.

Seong Wu memberitahu perkara itu menerusi ucapannya sewaktu menerima anugerah ‘Male Rookie of The Year’ menerusi drama At Eighteen di Anugerah Drama Korea 2019 yang berlangsung semalam.


Tambah Seong Wu lagi, dia juga menyedari tidak ramai penonton yang mengenali dirinya.

“Saya juga tahu masih ramai penonton yang tidak tahu siapa saya dan bagaimana perasaan saya terhadap lakonan sendiri.

“Saya akan pastikan saya meletakkan dedikasi terhadap kerjaya lakonan supaya penonton akan nampak minat saya terhadap kerja yang saya lakonan.

“Saya juga berharap dapat menjadi Ong Seung Wu, seorang pelakon yang lebih matang, terima kasih,” ujarnya.
#Artis Korea #Wanna One #Ong Seong Wu