,
berita

Sanggup Tidur Di Perkarangan Stadium Sejak Malam Tadi, Demi Tiket Final Bola Sepak Malaysia vs Thailand

Amri Hassan
28/08/2017
07:04 MYT
Berkobar-kobar semangat penyokong skuad bola sepak Malaysia apabila sanggup bermalam di perkarangan Stadium Shah Alam sejak pukul 11 malam tadi demi mendapatkan tiket akhir Malaysa melawan Thailand esok.
Biarpun kaunter jualan tiket mula dibuka pada pukul 11 pagi tadi, penyokong mula beratur panjang di luar Stadium Shah Alam sejak pukul 6 pagi, lapor Berita Bola Semasa.
Esok kaunter tiket akan buka pukul 11am pic.twitter.com/x1LZNSIP2C— Berita BOLA Semasa (@BBSemasa) August 27, 2017 Tinjauan di media sosial Instagram dan Twitter membuktikan penyokong sudah tidak sabar menantikan perlawanan Malaysia dan Thailand esok.
"Gigih betul sampai tidur depan stadium," tulis @AmiraAsniza.
Tidak lelah beratur panjang, penyokong yang berjaya mendapatkan tiket ke perlawanan akhir esok berkongsi kegembiraan masing-masing.
Kemas kini akaun Instagram Astro Arena juga membuktikan keterujaan penyokong tempatan beratur membeli tiket sehingga tengah hari tadi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat KL2017, tiket perlawanan bola sepak itu tidak dijual dalam talian (online) dan sebanyak 20 kaunter dibuka untuk pembelian penyokong Malaysia.
Manakala jualan tiket penyokong Thailand dijual di Stadium Malawati, Shah Alam.
Hanya lima tiket dibenarkan bagi setiap transaksi di kedua-dua stadium.
Perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan Sea 2017 antara Malaysia dan Thailand dijual dengan harga tiket bernilai RM21.20 (termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Malaysia mengesahkan tempat di final selepas menundukkan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir kelmarin manakala Thailand turut mara setelah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar dalam satu lagi perlawanan.
Dalam pada itu, perlawanan penentuan pingat gangsa antara Indonesia menentang Myanmar akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 4.30 petang pada esok.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Muak Jadi Pemain Profesional, Bekas Bintang Manchester United Tak Kisah Jadi Posmen - “Saya Boleh Ambil Anak-Anak Balik Sekolah Setiap Hari”

gempak
22/11/2024
06:33 MYT
Bekas pertahanan Manchester United, Marnick Vermijl mengakui dia sudah muak dengan bola sepak profesional.
Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Juara, Akhiri Badi 14 Tahun

gempak
08/09/2024
15:59 MYT
MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Sukan

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

gempak
28/08/2024
15:50 MYT
Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.
Sukan

Skuad Bola Sepak Palestin Training Di Kuala Lumpur - "Malaysia Ibarat Rumah Pertama Kami"

gempak
28/08/2024
09:25 MYT
Skuad bola sepak Palestin mengakui gembira dapat menjalani latihan serta mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia menentang Jordan di Malaysia.
Unitar