Berita

Sara Anak, Che Ta Pernah Ambil Upah Jahit Manik

gempak
Syafiqah Jalal
15/02/2017
07:25 MYT
Sponsor Banner
Sara Anak, Che Ta Pernah Ambil Upah Jahit Manik
Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta akui dia pernah mengambil upah tempah jahit manik selepas bercerai dengan bekas suaminya sebelum ini.
Che Ta berkata dengan pendapatan mengambil upah jahit manik itu dia menanggung dua orang anaknya iaitu Ammar dan Aniq.
"Selepas sahaja bercerai saya tidak keluar bekerja sebaliknya hanya mengambil upah jahit manik di rumah.
"Seronok juga ketika itu ramai juga pelanggan saya termasuklah daripada kalangan datin-datin.
"Alhamdulilah, lepas bercerai perjalanan hidup saya dan anak-anak tidaklah susah sangat kerana tidak banyak komitmen ketika itu," katanya dalam episod terbaru The House 3.
Saksikan The House yang telah mula ditayangkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada 18 Disember lalu setiap hari Rabu.
The House turut menemui penonton dengan siaran televisyen yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.30 malam bermula 25 Januari 2017.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live