,
Berita

Saujana Akui Ada Berselisih Faham Sepanjang GGV

Kamaruddin Razal
08/05/2017
11:59 MYT
Kumpulan nasyid Saujana mengakui terjadinya perselisihan faham antara ahli kumpulan sepanjang program Gema Gegar Vaganza (GGV) berlangsung.
Dianggotai oleh Suffian, Najran, Azalinor dan Zuhaidi, perselisihan faham yang berlaku antara anggota Saujana adalah untuk mencapai kata sepakat.
"Salah faham antara ahli kumpulan adalah perkara biasa. Kami berselisih faham pun adalah kerana ingin mencapai kata sepakat untuk persembahan yang bakal kami bawakan dalam GGV.
"Semuanya terjadi adalah untuk kebaikan persembahan kami. Seperti suami isteri yang mendirikan rumah tangga, kami juga berbalah. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula ahli kumpulan sendiri," kata Najran kepada Astro Gempak.
Bakal membawakan lagu Keluarga Bahagia dan Tanya Sama Itu Hud Hud di minggu separuh akhir, Saujana mahu memberikan sesuatu yang berbeza.
"Menjadi cabaran buat kami untuk menyampaikan lagu sendiri di minggu separuh akhir GGV.
"Kami mengambil tanggungjawab yang diberikan sebagai satu cabaran untuk kami melakukan yang terbaik di minggu separuh akhir," kata Suffian pula.
Gema Gegar Vaganza bersiaran setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 8 April di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.
Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Dapat Gelaran Datuk! - "Saya Rasa Macam Dilahirkan Semula"

gempak
26/08/2024
23:50 MYT
Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga ahli perniagaan Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, pada Isnin.
Laman Utama

Dr. Idzu Lakar Sejarah! Jadikan UKM Universiti Pertama Gunakan Teknologi 3D Bioprinting Terkini - "Saya Harap ..."

gempak
15/12/2023
03:40 MYT
Serah dua unit mesin 3D Bioprinter bernilai RM450,000 kepada Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu & Perubatan Regenaratif (CTERM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Laman Utama

'Keluarga Bahagia’ Versi Saujana & Siti Nordiana - “Susunan Lagu Ini Juga Sangat Berbeza Dari Yang Asal”

gempak
25/03/2023
11:50 MYT
Best gandingan Saujana & Nana!
Laman Utama

Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Baharin Terima Anugerah Pencapaian Tertinggi! - "Usia Bukan Penghalang Untuk Menuntut Ilmu"

gempak
20/12/2022
06:45 MYT
Tahniah Dr Idzu Baharin!
Laman Utama

Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Baharin Sebak Kaut Jualan RM10 Juta Sehari!

gempak
24/10/2022
09:45 MYT
r Idzu Baharin sebak dan tidak menyangka