,
Berita

Saujana Ambil Masa 3 Tahun Rakam Lagu Reunion

Kamaruddin Razal
11/05/2017
04:06 MYT
Kumpulan nasyid Saujana mengambil masa selama tiga tahun untuk merakamkan single terbaru mereka, Satu Dalam Perjuangan.
Single tersebut menjadi sebuah projek istimewa kerana menggabungkan tiga orang bekas ahli kumpulan Saujana, Hakimi, Faizul dan Idzwan bersama empat orang anggota, Suffian, Azalinor, Zuhaidi dan Najran yang masih kekal.
"Single terbaru ini merupakan reunion kumpulan Saujana kerana kami menghimpunkan semua ahli lama bersama ahli yang masih kekal.
"Tahun 2017 menjadi tahun ke-20 penglibatan Saujana dalam industri muzik. Lagu Satu Dalam Perjuangan bercerita mengenai dedikasi kami untuk mengingati perjuangan para sukarelawan. Lagu ini mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.
"Proses penghasilan mengambil masa yang lama kerana sukar untuk mengumpulkan semua anggota asal Saujana kerana masing-masing mempunyai komitmen tersendiri," kata Suffian mewakili Saujana.
Menerusi single yang baru sahaja dilancarkan pada 16 April lalu, peminat memberikan respon positif terhadap lagu Satu Dalam Perjuangan.
"Alhamdulillah, peminat menyambut mesra usaha kami menghasilkan lagu Satu Dalam Perjuangan. Peminat juga ada mencadangkan agar kami mengadakan konsert reunion namun begitu, semuanya masih dalam perbincangan," katanya lagi.
Saujana yang masih bersaing dalam Gema Gegar Vaganza bakal menyampaikan lagu Keluarga Bahagia dan Tanya Sama Itu Hud Hud di minggu separuh akhir.
Gema Gegar Vaganza bersiaran setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 8 April di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.
Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Dapat Gelaran Datuk! - "Saya Rasa Macam Dilahirkan Semula"

gempak
26/08/2024
23:50 MYT
Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga ahli perniagaan Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, pada Isnin.
Laman Utama

Dr. Idzu Lakar Sejarah! Jadikan UKM Universiti Pertama Gunakan Teknologi 3D Bioprinting Terkini - "Saya Harap ..."

gempak
15/12/2023
03:40 MYT
Serah dua unit mesin 3D Bioprinter bernilai RM450,000 kepada Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu & Perubatan Regenaratif (CTERM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Laman Utama

'Keluarga Bahagia’ Versi Saujana & Siti Nordiana - “Susunan Lagu Ini Juga Sangat Berbeza Dari Yang Asal”

gempak
25/03/2023
11:50 MYT
Best gandingan Saujana & Nana!
Laman Utama

Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Baharin Terima Anugerah Pencapaian Tertinggi! - "Usia Bukan Penghalang Untuk Menuntut Ilmu"

gempak
20/12/2022
06:45 MYT
Tahniah Dr Idzu Baharin!
Laman Utama

Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Baharin Sebak Kaut Jualan RM10 Juta Sehari!

gempak
24/10/2022
09:45 MYT
r Idzu Baharin sebak dan tidak menyangka